Saturday, August 29, 2009
Syarat-Syarat asas pakaian seorang wanita:
1 – Menutup Seluruh Tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup).
2 – Bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa.
3 – Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya.
4 – Tidak ketat (longgar) dan tidak menggambarkan bentuk tubuh.
5 – Tidak diberi wangian (perfume).
6 – Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7 – Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8 – Bukan pakaian untuk bermegah-megah.
Yok recheck perintah menutup aurat dalam al-Quran Karim:
Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)
Maksud Hijab:
Hijab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.
Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab).
Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.
Tuesday, August 25, 2009
VIRUS H1N1 vs VIRUS IMAN
Ramai yg pakai mask tutup hidung & mulut untuk cegah virus H1N1.Bagus..tindakan yang baik. Tapi jangan lupa serangan virus IMAN yang 1001 kali lebih hebat , lebih strategik, lebih bahaya, lebih azab..pengidap H1N1 akan di kuarantin 1 minggu, tapi masih dapat makan minum dengan selesa. Pengidap virus IMAN akan dihumban ke dalam neraka.So, apa nak buat? Disarankan:
1. Jaga "kebersihan" hati kita dengan banyakkan solat, baca qur'an & zikir.
2. Tutup aurat kita sepanjang masa "dengan sempurna"
3. Hindari dan jauhilah tempat2 serta kumpulan pengamal, peminat & penganjur maksiat.
4. Hati2 bila bergaul dengan lelaki/wanita bukan mahram.
5. Bersegeralah berhimpun (di masjid) setiap kali mendengar arahan (seruan azan).
InsyaAllah selamatlah kita daripada serangan virus yg akan mematikan IMAN seseorang.
Monday, August 10, 2009
sumber entry dr http://perinducintaillahi.blogspot.com/
Ibnu Abid-Dunya, Ath- Thabrani dan Ibnu Marduwaih mentakhrij dari Abu Umamah, dia berkata, "Rasullulah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ketika iblis turun ke bumi, maka dia berkata: "Ya Rabbi, Engkau telah menurunkan aku ke bumi dan menjadikan aku sebagai orang yang terkutuk."
"Maka buatkanlah bagiku rumah"
"Rumahmu adalah bilik mandi"
"Buatkanlah bagiku tempat duduk"
"Tempat dudukmu adalah pasar"
"Buatkanlah bagiku makanan"
"Makananmu adalah apa yang tidak disebutkan nama ALLAH padanya"
"Buatkanlah bagiku minuman"
"Minumanmu adalah setiap yang memabukkan"
"Buatkanlah bagiku mu'adzin"
"Mu'adzinmu adalah alat muzik"
"Buatkanlah bagiku Quran"
"Quran bagimu adalah syair"
"Buatkanlah bagiku sebuah kitab"
"Kitabmu adalah tatu"
"Buatkanlah bagiku perkataan"
"Perkataan bagimu adalah dusta"
"Buatkanlah bagiku seorang utusan"
"Utusan bagimu adalah dukun"
"Buatkanlah bagi jerat"
"Jeratmu adalah WANITA"
Sumber : 80 Rahsia Jin,Syaitan Dan Iblis.
Penulis Abdur Rahman Syukur,Terbitan
Jasmin, Taman2 Syurga~
Monday, August 3, 2009
sumber dr [link]
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk scarf,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.
Berbaju kurung bukanlah mengurung,
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat.
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
Kalau boleh besok amali
Baju ketat seluar sendat,
Pakai tudung just ikat-ikat ,
Dari mula memang bukan adat,
Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis,
Pakai sikit boleh nampak 'garis',
Mata orang terbeliak, kita membengis,
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Kebaya ketat, kain terbelah,
Ikat tudung macam tak sudah,
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah,
Tapi Islam sebenarnya indah
Dah kalau mula minat nak bertudung,
Cubalah sesuaikan apa yang disarung,
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung',
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan,
Ianya lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan,
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Asal menutup aurat itu tuntutan,
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan,
Yang ye nya hati tak berkenan,
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Didunia selamat, di akhirat hebat
Dalam tiap perbuatan,
kita mulakan dengan niat,
Gitu juga bertudung,
janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat,
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat
Kita memang hidup dalam era serba maju,
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju,
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu',
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu
Bertudung bergaya biarlah yang sempurna,
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya,
Islam itu suka yang sederhana
Kenalah pula kita wanita bekerjaya,
Fesyen busana muslimah yang paling kena,
Kalau rasa nak letak kaler,
tu yang paling asas je.
So camne kawan2??? Best tak seloka ni..Memang nampak sempoi tapi kalau dihayati maksud yang tersirat amat mendalam..Hanya mereka yang membaca dengan mata hati akan dapat menilai erti disebalik seloka ini...So jom semak semula diri kita..Yok renovate apa yang patut...
-tajdidniatselalu-
sumber dr [link]
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya
Subscribe to:
Posts (Atom)