Thursday, December 29, 2011

Rumus Canggih




*Dibolak balik kok makin asyik
Makin dibaca semakin menarik
Coba diresapi kok tambah asyik
Sampe-sampe mata gak mau melirik 2x


Reff 1:
Orang bilang (hey) kalo baca Qur'an (hey)
Hati jadi tentram (hey) hidup jadi ringan (hey)
Lalu kucoba (hey) dan terus kucoba (hey)
Eh ternyata bener... syukur alhamdulillah...
Alhamdulillah... 2x


( Fill in "mau dilanjut??)
(back to * and Reff 2)


Reff 2:
Orang bilang (hey) kalo baca Qur'an (hey)
Otak jadi cerdas (hey) pikir jadi tajam (hey)
Lalu kubaca (hey) dan terus kubaca (hey)
Selesai membaca aku nemu rumus canggih...

(Fill in "hah, rumus canggih??!!")

bener nggak?... bener...
betul nggak?... betul....
sumpeh nggak?... sumpeeeh...

(Fill in "rumus apa atuh... Akang?".. + rame-rame)

Rumus tentang kehidupan, rumus tentang peradaban
Rumus tentang kemanusiaan, rumus tentang keimanan
Rumus tentang PERNIKAHAN, rumus tentang kebahagiaan
Rumus tentang keadilan, rumus tentang kebenaran
Semuanye ade di dalam Al-Qur'an

(back to * trus (reff 1 & 2)

Ending:
Dibolak balik (dgn cannon)
Rame-rame ngajak ngaji

Friday, December 23, 2011

Si Keding & Si Gemuk

video

FIBIM production mempersembahkan animasi pendek berjudul Si Keding & Si Gemuk, mengisahkan persahabatan dua ekor lipas..haha..actually tak pandai nak wat intro..

*sebelum tengok tu, korang pause dulu lagu kat side kanan tu.

Tuesday, December 13, 2011

#lovenotes2

"Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali- Imran,3:103)

Sunday, December 11, 2011

Contengan with Toon Boom Studio 5


Ein & Adik

Mangsa contengan seterusnya, my brother and my little sis
^_^

Contengan with Toon Boom Studio 4

My sis : Farizatul Azimah

Atas permintaan akak tersayang, fariz pun start menconteng pagi nie..hadiah bufday untuk azi..boleh x?? hehe ^_^

Thursday, December 8, 2011

Toon Boom Animation 1

video
Nama dia boboy..huhu~~

Skill seterusnya, fariz & da geng study about Hands & Legs Movement ..banyak juga masa dihabiskan untuk siapkan motion kt atas nie..budak baru belajar kn..mmg x smooth ag animation tu but at least we try our best, right??  ^_^

Saturday, December 3, 2011

Toon Boom Tutorial Activity 2

#melukis dan mewarna menggunakan Toon Boom Studio

Contengan with Toon Boom Studio

#just got an inspiration from Dr. Cinta

pagi2 dah start menconteng..haha..tutor tak mengajar lagi time tu..contengan pown bermula..^_^

Thursday, December 1, 2011

Toon Boom Tutorial 1


Arinie kiteorang just berkenalan dengan tools dalam Toon Boom Studio software..then ada la wat aktiviti sikit..kat atas tu hasil kje tutorial untuk arinie..esok belajar skill baru pula ~~

Tuesday, November 22, 2011

Result Latihan Industri

mood : dapat result sem 5 cmnie jg kn best~~

Alhamdulillah..setelah sekian lama menunggu, akhirnya keluar juga result Latihan Industri (LI) Sekali lagi fariz menerima keputusan yang baik..syukur sangat2 but tak boleh gembira lagi coz result sem 5 tak kuar lagi..subjek yang paling down sem nie HCI & DESKTOP..tak tahu la kenapa jadi cmtue..hopefully tak repeat paper je..fariz rela dapat result D utk pertama kalinya belajar kat poli nie daripada repeat paper..tak sanggup rasanya nak extend..moga semuanya baik-baik saje..insyaAllah..
ameen

Monday, November 21, 2011

#lovenotes1

"Hidup nie bukan pertandingan paras rupa pasangan siapa yang paling best tp pertandingan siapa paling best didik keluarganya selamat dr api neraka. Jika saya berjaya didik isteri saya jadi isteri solehah, insyaAllah di syurga nanti dialah ketua bidadari yang paling cantik dan jika saya silap didik, dialah yang paling hodoh di neraka nanti..wal'iyazubillah..
(petikan dari komik RUSYDEE ARTZ)

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.."
(At-tahrim,66:6)

Thursday, November 17, 2011

#nowords1

mood : hanya kpd Allah sebaik2 tempat mengadu~~

maaf atas segala kekhilafan..fariz dah terlalu leka sekarang..akhwati, bimbingan & sokongan kalian amat dihargai..jazakillah ya ukhti..

Sunday, November 13, 2011

Exam fever

mood : usaha dlu bru tawakal coz Allah swt rewards us based on our efford not result but semangat study fariz dah hilang sebab dia~~

Selepas beberapa bulan fariz disibukkan dengan pelbagai assignment + report final project + kuiz + tutorial + lab + test + mini projek..akhirnya, penilaian terakhir untuk semester nie tiba juga..time2 camnie memang ramai la member2 jadi mumia bermata panda..haha..kesian2..fariz nak juga jadi macam korang but sem nie fariz agak tak mampu la..dah nak final nie..mata fariz awal sangat nak expired..adehhhh

Ape2 pun korang dah usaha kn?? insyaAllah..moga korang mudah jawab exam nt..perkara paling penting wat mase nie adalah usaha.. so, jangan pernah rasa letih or putus asa untuk study yer mamber2ku ( even fariz pun pernah gk rasa cmtue.. :P )

If time2 cmnie tolong la jangan tanya "Fariz dah banyak study?" or "Fariz dah abis study ke?" pleeeeaaassss sangat2..fariz tak boleh nak jawab soalan2 camtue.. sememangnya fariz nie bukan kaki study & fariz tak pandai nak study..hopefully, post kali nie dapat menjawab soalan2 korang 2.. tahniah coz korang dah banyak study..korang nampak semangat je.. tahniah!!!

Thursday, November 10, 2011

Fariz belajar jahit felt


mood : merajinkan diri utk study~~

Akhirnya tercapai juga hasrat fariz utk belajar jahit felt nie..mudah je pun but perlukan kerajinan & masa la..ada juga usha2 kat blog KEDAI SUS untuk cari bahan2 nak buat felt nie and sangat geram tengok hasil felt yg sangat comel kat blog KAK AS..final exam pun dah nak start ahad nie..so, perlu merajinkan diri study note2 yang bertimbun tue..huhu..selamat belajar la yer farizatul hamizah..(^_^)

Sunday, October 30, 2011

Adab bercakap dengan mak abah

mood : perlu muhasabah diri~~

Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Friday, October 28, 2011

Date of submission

*mood : lappy ku hanya tinggal kenangan..sob3


AHAD (30/10/2011):

PROJECT : (PROJECT FILE & FULLY DOCUMENTATION report)
HCI : (REPORT MINI PROJECT & LAB 8(based on notes experimental design)

ISNIN (31/10/2011) :

ALGO : MINI PROJECT (laporan n lampiran program),
LAB 7(download dr blog) &
TAKE HOME TEST(teori n praktikal)
MARKETING : ASSIGNMENT 3(iklan)
DTP : LAB 10

SELASA(1/11/2011) :

JAVA : LAB EXERCISE 6-10(paling lewat anta khamis)
Presentation mini project(group aq)
ALGO : ASSIGNMENT 3
DTP : ANTA REPORT MINI PROJECT

KHAMIS (3/11/2011)
DTP : PRESENTATION MINI PROJECT

*okay..final exam dah sangat dekat..keje pun dah queue..dengan ini fariz nak isytiharkan LAPPY FARIZ ROSAK (padan muka aq)kawan fariz dah tolong check tadi...maybe VGA CHIP ADAPTER PROBLEM..satu keje pun tak bley wt..so, sekarang nie kena pinjam lappy classmate utk settlekn keje2..memang fariz kena menyusahkan korang wat masa nie..sorry coz dah susahkan korang semua..

Friday, October 21, 2011

Senarai tugasan weekend ni

mood : aq x pandai nak manage time~~~


ACTUALLY NI LA SENARAI KERJA YANG PERLU DISETTLEKAN..(submit : 23/10/11 -27/10/11)

TEST + ASSG + REPORT + LAB


AHD = PROJECT (DOKUMENTATION PRESENTATION)
HCI (ASSIGNMENT 3)
DTP (LAB 9 , ASSIGNMENT 3)

ISNIN = MARKETING ( TEST 2 , QUIZ 5 ,& ASSIGNMENT 2)
NETWORK SEC ( TEST 2 = MASUK BAB 3,4, 5 )
PROJECT (DESIGN PHASE PRESENTATION)

SELASA = DTP ( QUIZ 5) & TEST 2 (but xsure selasa or rabu)
JAVA ( QUIZ 3 = cover topic class, method, object)
SUBMIT PROJECT ( FULLY DOCUMENTATION )

KHAMIS = JAVA ( LAB EXERCISE 5 & ASSIGNMENT 3) hari last anta...

MINI PROJECT


ALGORITHM - SISTEM JUAL BELI KOMPUTER
JAVA - SISTEM PEMARKAHAN PENILAIAN BERTERUSAN JAVA
DESKTOP - BOOKLET TEMPAT PELANCONGAN : pulau redang
MARKETING - VIDEO IKLAN PRODUK

credit to Zafirah Hussin for the list..

Thursday, October 20, 2011

Mana lagi penting???

mood : bila agaknya fariz dapat pergi air terjun??? hmmm


ASSG + MINI PROJEK + REPORT PROJEK @ BERPROGRAM DI AIR TERJUN????

Nak pergi air terjun coz amat suka suasana kat situ..tenang + nyaman + sejuk + udara segar + kawasan hutan yang damai but kekangan tugas-tugas sebagai pelajar menghalang hasrat fariz untuk teruskan niat pergi air terjun..actually, ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan if fariz pergi air terjun tue but I'm terrible sorry..I've choose my responsibility as a student in a first place..it's my priority now..thanks for your invitation but dengan berat hati fariz terpaksa menolak jemputan kamu semua..fariz nak sangat join aktiviti dengan kamu semua..rindu suasana ukhwah bersama kamu semua..moga kita dipertemukan di lain ketika..insyaAllah ~ ~ ~

Wednesday, October 12, 2011

Kenapa susah sangat nak faham???

mood : fariz rasa sedih sangat2..rasa nak pergi air terjun sorang2 utk tenangkan fikiran & melayan perasaan~~

Kenapa susah sangat dia nak faham yang fariz tengah ada kerja?? bukan fariz tak nak buat tapi sabar la sikit..I need to finish my job before the spirit fly away..time fariz tengah fokus buat kerja, tolong la jangan suruh fariz buat benda lain..fariz ni manusia biasa..tak ada kudrat untuk buat pelbagai perkara dalam satu masa yang sama..bukan selalu kan awak tengok fariz fokus buat kerja..so, time fariz tengah khusyuk buat kerja tu tolong la jangan suruh fariz buat benda lain..bagi la fariz 'settle'kan satu2 kerja tu dulu..

If awak terbaca entry nie..fariz nak minta maaf coz dah selalu menyusahkan awak selama nie..selalu pinjam barang awak ke..selalu bad mood dengan awak ke..selalu buat awak sedih ke..fariz tak sempurna..fariz memang tak pandai jaga hati dan perasaan orang (if itu la yang awak fikir)..fariz sedih atas apa yang berlaku nie..if awak dah tak nak kawan dengan fariz lagi selepas nie, fariz faham..

Fariz rela berseorangan macam sem 1 dulu..pergi mana2 sorang2..sebab time tu, fariz rasa semua orang tak nak kawan dengan fariz..maybe sebab fariz berpakaian pelik dari korang semua..fariz dianggap ekstrimis ke..fariz pun tak tahu cara penilaian korang pada fariz dulu..fariz rela hadapi situasi tu semula if persahabatan yang fariz jalinkan hanya akan menyusahkan orang lain..

Awak senyap, fariz pun buat tak tahu je la..tapi fariz tahu mesti ada something yang awak tak puas hati dengan fariz..at least terus terang je la..mana fariz sedar fariz buat silap..orang sekeliling la yang perlu tegur if fariz tersilap..

"MAAF"

Hanya ungkapan itu yang mampu fariz ucapkan..fariz tahu, bila dah pinjam barang orang tu pandai2 la jaga..awak jangan risau, fariz dah topup minyak motor yang fariz guna semalam..fariz tahu, if awak tak halalkan,. .minyak motor yang fariz guna semalam tu tak berkat..so, apa2 pekerjaan yang berkaitan pun akan terkena tempias..fariz tak nak buat sesuatu yang tiada keberkatan..

Hope awak faham apa yang fariz cuba jelaskan kat sini..fariz memang tak pandai talk face to face dengan awak but ini la ape yang fariz nak jelaskan kat awak sebenarnya..

Terima kasih atas segala bantuan yang awak hulurkan pada fariz selama nie..fariz tak pernah lupa dan tak akan lupa..awak la sahabat yang ada bersama-sama fariz time susah ataupun senang..tapi bila salah faham macam nie berlaku..fariz pun tak tahu macam mana nak selesaikan..

Hope everythings will gonna be okay after this..good luck untuk test speaking MUET jap lagi..fariz nampak awak tengah bersiap2 nak pergi test time fariz tulis entry nie..bawa motor baik2..awak tu tak berapa sihat sangat..buat molek deh untuk test tu..insyaAllah, awak dah usaha,,moga Allah permudahkan awak time test speaking nanti..

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah

mood : usaha dulu baru tawakal~~

ALHAMDULILLAH..

Sebuah ungkapan yang mampu fariz ucapkan usai test speaking tadi..

Just wanna inform readers that I'm MUET's candidate for this end year exam!!!!!!(terabur ayat..adehh..at least fariz try kn??? huhu..)

Niat amek exam nie sebab nak sambung ijazah la kn..of course..tapi tak tahu la camne result sem akhir nanti..hopefully tak ada mana-mana subjek kena repeat untuk dua sem akhir nie dan fariz boleh graduate on time with all my beloved friends..~*(^___^)*~

Actually nak cerita test MUET tadi..fariz jadi candidate D..tajuk kteorg 'Greatest Challenge faces by Student Who Study Abroad'..4 main point kteorg dapat:

1. Homesick
2. Language barrier
3. Financial aid
4. Cultural differences

bila dah jadi candidate D, of course la dapat point ke-4 kn?? Pada fariz tajuk kteorg nie agak senang..fariz enjoy dengan test speaking tadi (speaking ntahape2ntah je tadi sebenarnya..huhu) thanks candidate A,B and C for your cooperation..I will remember that moment..

Three more papers to go..(whispering : farizatul,,please do your revision for another 3 papers..jangan main-main lagi yer..)

Semangat oh semangat..jangan lari lagi yer..~(^___^)~

*Untuk MUET candidates yang akan test speaking pada hari-hari seterusnya nie..fariz doakan korang dapat buat sehabis baik yer..if Task A tak dapat nak elaborate sangat, grab your chances on Task B..don't despair and never loose hope k..do your best guys..

Sunday, October 9, 2011

Diam itu lebih baik

mood : biru itu tenang~~

Kalau kita sukakan seseorang , jangan beritahu si dia
Nanti Allah kurangkan rasa cinta kepadanya
Tapi luahkan pada Allah , beritahu pada Allah
Allah Maha tahu siapa jodoh kita
Cintai dia dalam diam
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana Allah
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

*duhai hati..ikhlaslah dengan apa yang berlaku~~~

Friday, October 7, 2011

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..



Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

Wednesday, October 5, 2011

Adakah aku sudah bersedia???

pusara arwah atuk & nenek

Andai kita diuji dengan kematian orang yang kita sayangi, jangan terlalu bersedih, doakanlah untuknya. Sampai masa nanti, kita pula menyusul. Sesungguhnya kematian itu akan menjemputku pada bila2 masa shj..cukupkah bekalanku???

Saturday, September 24, 2011

Kenapa dengan aku???

mood : nak bersendirian kat air terjun dan berusaha mencari ikhlas

Sememangnya fariz tiada bakat untuk menulis..hanya suka membebel dan tema blog sudah bertukar menjadi medium untuk fariz mengekspresi mood + perasaan + berceloteh + mengarut ntahape2ntah..if ada yang membaca entry blog ni and korang rasa tiada sesi percambahan ilmu di sini..sila tinggalkan blog yang kaku nie..jangan risau, fariz tak berkecil hati pun.."boleh tak blog nie jadi open diari fariz??" (haha..hope ad respond je bila ko tanya camtue..adehh..dushh)

Mengapakah semester nie macam tak best je?? major kawan-kawan pun cakap benda yang sama..sem nie tak macam sem2 lepas..sem yang memenatkan..maybe camnie jugak senior2 kiteorang pernah alami dulu (ntahyentahtidak..adehh)but seriously..I'm not in mood for this semester..adakah sebab satu sem praktikal (means tak menghadap note + buku + tak masuk kelas + takde test/exam/lab/assignment/kuiz)then fariz menjadi semakin malas?? (ohh TIDAKKK!!!)

Housemate2ku..tolonglah housemate korang yang sorang nie..nape fariz jadi semakin malas sem nie?? Semua assignment + lab mesti menjelang subuh baru siap..kenapakah dengan diriku ini?? adakah minat untuk belajar itu tiada lagi dalam diriku?? banyak sangat persoalan dalam kepala otak..tapi tiada jawapan yang mampu fariz berikan..


soalan :kenapakah dengan diriku??
jawapan : ~~~~~~~ (no specific answer lorhhh..)

Beberapa hari lepas, emak ada mesej kat chatbox FB..

emak : macam mana test tadi? boleh jawab ke bedal je??
ami : hahaha..bedal je
emak : kalau selalu bedal, nanti balik jb ko pulak kena bedal..ada faham???!!!
ami : adehhh..ampun3
emak : sendiri mahu ingat tu..pesan orang tua-tua, selalu berfikir sebelum jawab..jangan hentam kromo kalau mahu berjaya..

(haaa..siap dapat amaran keras lagi tu..so, ami tak boleh belajar main2 lagi la pasnie..if pointer sem ni merundum..tak bernyawa la gue..dushhh)

Ampun mak, ami pun tak tahu nape dengan ami nie..if nak belajar je sedih..maybe coz tiada pengisian rohani seperti dulu kala..kekuatan + semangat belajarku sudah terbang melayang entahkemana2entah..semestinya ami rindu nak berkumpul dalam halaqah, taa'lim, daurah, program dengan akhwat..tapi ami malu nak bercampur dengan akhwat2 semua..

mesej to azi >>> ami admit,ami rindu dengan suasana bersama akhwat tapi ami tak kuat..

kenapakah dengan aku?? masih mencari jawapan dan masih berusaha mencari ikhlas

Wednesday, September 21, 2011

Dilema Cinta Ilahi



Puas ku coretkan kata cinta ini,
Beriringan kata seindah bicara,
Lautan api telah pun ku selami,
Namun geloranya tetap sama,

Oh Tuhan, di manakah cinta-Mu,
Oh Tuhan, di manakah rindu-Mu,
dan ke manakah redha-Mu
ke manakah restu-Mu.

Dilema cinta ini merunsingkan hatiku,
Ku harapkan cinta-Mu ilahi..

Dilema cinta ini merunsingkan hatiku,
hanya ku dapat laknat dari-Mu...

by:
ForHeart

Monday, September 12, 2011


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat(pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat(siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya."(al-Baqarah,2:286)

Thursday, September 8, 2011



Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Thursday, September 1, 2011

MOTHER by Seamo

Dear Mother, how are you doing?
Sorry I haven’t called recently, I’m getting by okay…
Your body is small and so are your hands
White hairs are mixed in and you’ve grown more genial
But to me you’re still bigger than anything, stronger than anyone
I want to tell my kids about this love that supported me

Even though I grow impatient when I’m near you
When you’re far away from me I grow lonely
That’s who you are to me, you can cut through any problem and solve it
And you have the most patience and toughness of anyone I know
You would always be concerned over my well-being before your own

Cooking, doing the laundry, cleaning, raising a child
You even worked during your free time
You would only require things from the lowest places
I didn’t understand even though it was so obvious
It wasn’t until I started living by myself that I understood
Whenever I think of how much you’ve accomplished
And how hard it must have been, I feel like I can try my best today

I’d say, “Wake me up at seven a.m.”
And you would wake me up right on time
But I would be unfair to you
And say the words “shut up” while I was still half-asleep
This was the daily routine
You never made one tired face
And woke me up every day
Warmer and more accurately than any alarm clock

But then one day I skipped school and said, “I don’t wanna go”
I wouldn’t leave my futon and you stood in front of me
Hide your face with both hands and cried loudly
I also felt sad and cried
At that time I blamed myself wondering, “How could I be so stupid?”

Your body is small and so are your hands
White hairs are mixed in and you’ve grown more genial
But to me you’re still bigger than anything, stronger than anyone
I give you thanks for this love that supported me, my mother

I know there’s nothing more painful in the world
Than a parent burying their child
So I’ll make sure it never happens
Even if I only live one second longer than you
I’ll make sure of it…

I’m glad I’m your child
I’m glad you’re my mother
And that won’t ever change
It won’t ever change for all time
Because I am the very image of you…

Be my mother forever
Be well forever
You still have one more job left to do
And that’s to accept your son’s love and respect for you…


* after satu sem berpraktikal, fariz mcm lost spirit untuk sambung study..maybe sebab dah lama tak belajar kowt..so, semangat 2 memang hilang pah mane..huhu..one night, fariz terjumpa video nie dalam directory lappy..after tengok pencapaian karakter dalam video 2..fariz pun berazam untuk mencapai yang terbaik dalam pengajian diploma nie..firstly memang tak tahu makna di sebalik lagu 2..tapi layan jer la..lepas beberapa ketika baru fariz google & jumpa translation lagu..fariz suka sangat lagu nie coz dia menceritakan perihal emak kita..if korang pun nak dengar, try google SEAMO - MOTHER..~*(^__^)*~

Tuesday, August 16, 2011

Choose your way


sumber : google image


"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"
(ar-Rum,30:30)

Monday, August 15, 2011

Mengumpat itu seperti......


sumber : google images

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, Maha Penyayang."
(al-Hujurat,49:12)

Sunday, August 14, 2011

Sungguh luas ilmu itu


sumber : google image


"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kapadanya 7 lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskn) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana"
(Luqman,31:27)

Friday, July 22, 2011

GOING OFF TO MELAKA




sangat lama tak update blog nie..maybe tak lama ag blog nie akan dihapuskan..otak tepu dah sekarang nie..sem baru dah bermula..kelas ganti bertimpa-timpa..semua tu akibat ramai lecture pergi kursus masa minggu pertama sem baru..ahad nie nak bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah..seminggu kowt kat sana..means fariz akan ponteng kelas selama seminggu..banyak assignment,labsheet,projek,quiz yang fariz x buat untuk seminggu tu..means PB pown akan berkurang..seterusnya pointer sem pown akan menurun..so, tak dapat ag la sijil anugerah macam kat atas tue..OH TIDAKKKK!!!!!!!!! hopefully lecturer2 sem nie bertimbang rasa seperti sem2 sebelum nie..ampunkan saya coz tak masuk kelas tuan2 dan puan2 semua..untuk housemate merangkap roommate, tolong la kawan mu ini..pada Zunirah, hope awak pandai bawa diri ye sepanjang fariz takde (ceyhhh..perasan cm org penting jerw...kehkehkeh)..pasal proposal projek tu, hope Pn Ras bagi kteorg submit lambat sikit coz tak dan nak siapkan dalam masa dua hari nie..doakan perjalanan kteorg selamat pergi dan balik..if pasnie takde entry ag dlm blog nie, means umur fariz dah tak panjang la tue..jangan lupa sedekahkan al-fatihah yer..terima kasih semua..assalamualaikum.. (^_____^)

Friday, April 22, 2011

LESEN OH LESEN

(muka separuh jerw k..xbley lebih2..hehe)


assalam..(^^,)

dah tak ada cerita nak di'story'kan kat sini..juz nk oyak fariz dah dapat lesen memandu..sangat seronok!!! hehe..dua tahun menunggu..umur nak masuk 20 tahun baru dapat belajar memandu..kawan-kawan sebaya dah dapat lesen besar dah pown..nak tahu tak??? fariz sangat jealous dengan korang!!! huh.. (^^,)

Monday, March 14, 2011

SAYA TERTINGGAL SOLAT..CAMNE NIE?????


Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:" Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu."(al-Bukhari)

01.Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

02.Solat merupakan tiang agama. Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.

03.Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

04.Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

sumber iluvislam

Friday, January 28, 2011

i'm off


alhamdulillah!! akhirnya dapat juga cuti..bukan sehari..bukan dua hari..tapi SEMINGGU!!!! diulang..SEMINGGU!!!! hehe..(orang laen berbulan-bulan cuti..xde pun nak kecoh-kecoh kat blog nie..haha..) still, saje nak kecoh-kecoh..bukan selalu kan??? hehe..


kenapa fariz cuti??? mesti nk taw kan?? (hehe..perasan macam ade je orang bace entry ni) cube tengok picture kat atas 2..mesti dah boleh agak kan?? so, that is my answer..doakan kebahagiaan kami sekeluarga yer...jazakillah..(^_^)


dah la setakat nie jer fariz nak kecoh-kecoh kat sini..i'm out..END!!!!