Monday, November 30, 2009

Aisyah Chan Mei Lei 2

[link]

sambungan

“Ibu?” Terpacul perkataan itu dari mulut saya ketika cuba melihat dalam kesamaran malam.

Saya tercengang-cengang. Kaki yang pantas melangkah terhenti tiba-tiba. Fikiran saya seperti terperangkap. Tidak pernah saya melihat ibu menangis begitu.

Saya ingin sangat tahu apa yang terjadi pada ibu namun tidak sampai hati pula saya nak menerjahnya malam-malam. Mungkin sekarang ibu perlukan masa untuk bersendiri. Tak mengapa, esok masih ada.

Pagi itu, saya turun sarapan seperti biasa. Ibu sedang menyiapkan bekal untuk saya bawa ke sekolah manakala Ayah pula sedang minum kopi.

“Ibu, ibu, kenapa ibu menangis semalam?” saya menyoal sambil menyumbat beberapa roti ke mulut. Sejurus saya bertanya, pinggan yang dipegang ibu terjatuh di meja. Mujur sahaja tidak pecah. Kelam-kabut ibu mengemasnya tanpa menghiraukan pertanyaan saya tadi. Tapi saya perasan air muka ibu berubah cuma tidak pasti kenapa. Adakah kerana soalan saya itu? Ah, mulut saya ni terlalu lancang. Saya tidak patut bertanya sebenarnya.

Sepanjang bersarapan, ayah langsung tidak mengendahkan apa yang berlaku. Selalunya dia akan berleter juga jika ada yang tidak kena namun pagi itu dia senyap sahaja. Namun itu tidaklah pelik bagi saya kerana ayah sememangnya tidak pernah peduli akan orang lain.

Saya menyangka peristiwa semasa sarapan itu terhenti sekadar di situ tetapi saya salah.

Pada sebelah malamnya ketika saya sedang tidur, ayah tiba-tiba masuk ke bilik saya. Dia menolak daun pintu dengan kasar. Wajahnya seperti menahan kemarahan yang teramat.

“Mei Lei!” Ayah menjerit ke arah saya yang dalam keadaan separuh sedar.

“Mei Lei bangun!” kali ini jeritan ayah amat kuat sehingga membuatkan jantung saya seperti terkena kejutan tiba-tiba. Saya terus bangun dan lari ke hujung katil kerana takut. Itulah wajah ayah yang paling menakutkan pernah saya lihat.

Ayah menarik keluar paip getah yang disorok di belakang seluarnya. Ketika itu, saya sudah membayangkan bahawa saya akan mati sahaja. Berkali-kali saya berdoa entah pada siapa supaya mengirimkan saya seorang ibu pari-pari untuk mengeraskan ayah supaya dia tidak membunuh saya.

Belum sempat ayah melibas saya, terdengar bunyi tapak kaki ibu di luar bililk. Dia berlari-lari mendapatkan saya.

“Kamu benar-benar sudah gila!” teriak ibu sambil memeluk erat saya.

“Dia anak sial! Tak patut lahir ke dunia!”

Saya benar-benar tidak mampu bernafas dalam dakapan ibu dan kata-kata ayah itu menambahkan lagi sesak di dada ini.

“Kalau kamu mahu bunuh dia, lebih baik kamu bunuh aku dulu! Dia anak kamu!”

Tangan ayah yang sudah naik menjangkau paras kepalanya tiba-tiba kaku. Ayah menjatuhkan paip getah tersebut lalu terduduk. Beberapa saat kemudian, dia meninggalkan bilik tanpa menoleh sedikit ke arah saya. Ibu masih memeluk saya sambil mengusap ubun-ubun saya untuk menenangkan saya yang menangis ketika itu.

Peristiwa tersebut sungguh memberi kesan terhadap hubungan saya dan ayah. Saya sudah jarang bercakap dengannya kecuali ketika hal-hal kecemasan. Selebihnya saya akan merujuk pada ibu sahaja. Terlalu sukar untuk saya melupakan pengalaman pahit yang membuatkan saya begitu gerun dengan ayah itu.

Beberapa tahun selepas itu, saya berjaya menjejakkan kaki di menara gading dalam bidang pendidikan. Walaupun banyak saudara yang mengumpat saya kerana memilih bidang yang dianggap oleh mereka sebagai tak menguntungkan, saya tetap dengan pendirian saya kerana bukan mereka yang mengawal rezeki saya.

Suatu hari, berlaku kejadian yang benar-benar merubah kehidupan saya 100%. Kejadian yang membuatkan saya mula berfikir mengenai sesuatu.

Semuanya terjadi ketika saya dan rakan, Fatimah sedang menjamu selera di bilik setelah pulang dari membeli makanan di café.

“Kau percaya pada kehidupan selepas mati Mei Lei?” tanya Fatimah sambil meratah peha ayam sambal.

“Masyarakat Buddha percaya bahawa selepas kita mati, kita akan dihidupkan semula.”

“Bagaimana tu? Aku tak faham.”

Baru sahaja hendak menjawab, tiba-tiba perut saya memulas. Ah, terpaksa saya biarkan persoalan Fatimah itu dahulu demi melepaskan hajat yang tak tertanggung ini. ….

Saturday, November 21, 2009

Aisyah Chan Mei Lin 1






[link]
Seingat saya, tidak banyak kenangan manis yang dapat saya kongsi bersama ayah. Ayah seorang yang introvert lalu jarang menghabiskan masa bersama keluarga. Selain itu, ayah juga panas baran dan sering memarahi saya menyebabkan saya kurang gemar bermesra dengannya. Kadang-kala saya terfikir juga, tidak adakah sekelumit sabar pun dalam diri ayah kerana yang hanya termampu untuk saya kenang adalah cacian dan hinaan dia terhadap saya, anak kandungnya.

Saya tahu ayah bencikan saya dahulu. Saya boleh lihat pada matanya. Lagipun, perbuatan ayah sendiri sudah cukup menggambarkan segalanya.

Saya masih ingat peristiwa yang terjadi semasa saya berumur 7 tahun. Ketika itu ayah dan ibu bergaduh fasal saya. Ibu ingin memasukkan saya ke sekolah Inggeris manakala ayah pula dengan pilihan sekolah Cinanya. Pilihan saya pula? Tentu sekali sekolah Inggeris kerana saya ingin keluar daripada kepompong kaum Cina. Walaupun saya masih setahun jagung, tetapi fikiran saya jauh lebih dewasa daripada usia. Mungkin kerana pengaruh buku-buku Inggeris yang diperkenalkan oleh Kak Michelle, jiran saya.

“Ah, membazir saja hantar dia ke situ. Dia anak yang bodoh!” lancang mulut ayah berkata. Mungkin dia tidak sedar saya berada di sisi. Tapi bagaimana pula dia boleh kata saya bodoh sedangkan di kala anak-anak Cina lain masih bertatih menyebut A,B,C, saya sudah pun boleh menulis? Sebagai bukti, pak cik Kok Kent selalu memuji saya dengan mengatakan saya anak yang bijak.

Mujur ibu kuat mempertahan. Katanya, jika saya bodoh tentu bapa pun bodoh sebab saya keturunannya. Ayat itu menyebabkan ayah tercengang seketika. Mungkin dia percaya perkara tersebut seperti dia percaya pada sial.

Ah, fikiran orang dahulu memang mudah didoktrinkan kerana mereka kurang ilmu. Lebih-lebih lagi ayah yang tidak pernah bersekolah. Bukan saya mahu mengutuknya, tapi ini adalah hakikat. Ilmu itu sangat penting bagi memisahkan manusia daripada kejahiliyahan. Wahyu pertama sendiri juga bermula dengan ‘Iqra’ yakni bacalah bukan?

Lama bertikam lidah, akhirnya ayah setuju juga. Sempat pula dia menjeling tajam pada saya sambil memberi amaran, “kalau kamu tak belajar betul-betul, aku rotan nanti!” Gerun saya mendengarnya.

Ayat ayah yang berbisa itu saya pegang sebagai satu motivasi untuk saya belajar bersunguh-sungguh. Saya sudah set minda bahawa sekiranya saya lulus, pasti ayah akan menyayangi saya. Maka pada setiap malam saya akan belajar sambil ditemani lampu minyak tanah yang diberikan oleh Mak Cik Poh Yee. Bila difikirkan semula, alangkah terdesaknya saya terhadap kasih-sayang seorang ayah ketika itu.

Setiap hari berlalu seperti biasa. Malam itu pun sepatutnya menjadi malam yang sama seperti sebelumnya. Namun ada sesuatu telah terjadi yang akhirnya meragut ketenangan saya buat beberapa ketika. Ketika itu saya sedang khusyuk menelaah pelajaran tatkala telinga saya menangkap bunyi tangisan di luar. Aneh, siapa pula yang menangis malam-malam buta ini?

Saya mengintai-intai di balik tingkap. Ah, ada seorang wanita di anjung rumah saya! Benar, dia sedang menangis. Saya cuba mengenalpasti gerangan wanita tersebut. Tapi ternyata sukar untuk melihat dengan jelas dalam kepekatan malam. Andai boleh diputarkan masa, mungkin saya akan tutup buku dan tidur sahaja. Namun naluri muda saya ketika itu telah memaksa saya pergi menjenguk di luar. Lalu dengan langkah yang perlahan, saya melangkah keluar dari bilik menuju ke anjung. Tepat ke arah wanita itu.

bersambung..

Wednesday, November 18, 2009

VIRUS DALAM MENUNTUT ILMU







artikel from diz [link]

1.NIAT YANG ROSAK.

Imam Malik bin Dinar rahimahullah mengatakan,'Barangsiapa mencari ilmu bukan kerana Allah Ta'ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia d cari hanya kerana Allah'



2.Ingin terkenal.

'Barangsiapa yang menyiarkan amalnya,maka Allah akan menyiarkan aibnya.Dan barangsiapa yang beramal kerana riya' maka Allah s.w.t akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.'
HR.Bukhari-shahih.


3.Beralasan dengan kesibukan.
Alasan ini seringakali d jadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu.Cuba d hitungkan Allah memberikan kite 24 jam,8 jam untuk bekerja,8 jam untuk beristirahat,masih ada 8 jam lagi..........apa yang selama ini kita lakukan untuk manfaatkan sisa waktu itu??mm.........



4.Bosan dalam menuntut ilmu.

Di antara penghalang menuntut ilmu adalah merasa bosan dan beralasan dgn berkonsentrasi mengikut peristiwa yang sedang terjadi.Bosan itu adalah penyakit. Oleh kerana itu ya sadiq sekalian,kite harus melawan rasa bosan yng terkadang timbul saat kite belajar.Belajarlah sampai Anda mendapatkan nikmatya ILMU,,inshaALLAH=)



5.Merasakan diri hebat.

Merasa bangga apabila d puji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya.
Allah Ta'ala berfirman:'Maka janganlah kamu merasa dirimu suci.Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa.'(QS.An-Najm:32)



6.Tidak mengamalkan ILMU.

Hal ini adalah salah satu sbb hilangnya keberkatan ilmu.Firman Allah:'Hai orang-orang yang berfirman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat?Amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa sahaja yang tidak kamu kerjakan.
(QS.Ash-Shaff:2-3)



7.Putus Asa dan Rendah diri.

Ia adalah salah satu penghalang ilmu.Semua manusia d ciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun.Jangan merasa rendah diri dgn lemahnya kemampuan mengahafal,lambat membaca atau cepat lupa.



8.Bertangguh.

Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan:' Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut: 'Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam d hatimu kerana ia membuat lesu dan merosak hati.Ia memendekkan umur kita,sedang ajal segera tiba...Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu!........................


InshaALLAH kite bersama mengambil ikhtibar dan cuba memperbaiki kelemahan kite,,
wallahualam.