Wednesday, December 26, 2012

Perjalanan 1 - Tadika Delima, MPMK

Assalamualaikum

25 Julai 1991

Lahir ke alam dunia. Mak cerita fariz lahir kat kampung sebab mak serik nak beranak kat hospital. dalam 4 orang adik beradik, fariz sorang je lahir kat kampung. (special sikit..haha)

1997 

Fariz masuk sekolah tadika kat Tadika Delima Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK), Johor Bahru, Johor. Fariz special sikit, abah hantar sekolah tadika kat maktab perguruan, jauh lak tu dari rumah. Suka time tadika, asyik main je hari-hari.

Yang fariz ingat, fariz antara budak paling awal sampai sekolah. Sampai tadika je terus selongkar bahagian mainan, benda first fariz cari piano yang kena tiup if nak kuar bunyi, if tak tiup, tak kuar bunyi even kita dah tekan key-key kat piano tu. Fariz tak tahu la ape nama instrument 2, tapi sekarang nie dah tak jumpa dah mainan macam tu.

Kat tadika kite orang duduk ikut kumpulan buah-buahan, ada 5 kumpulan buah tak silap sebab tiap-tiap hari kumpulan buah-buahan ni akan bergilir-gilir main taman pasir kat luar kelas. 

Waktu paling best sekali adalah sesi makan..haha. Sedia maklum la, fariz nie kuat makan. Kat tadika dulu makanan sedap-sedap cikgu sediakan. Tapi menu yang paling fariz ingat sampai sekarang adalah nasi lemak cikgu. Tu la menu paling sedap kat tadika dulu. Lepas habis tadika je, fariz tak jumpa dah nasi lemak sesedap nasi lemak cikgu tu. 

Akhir tahun sebelum habis tadika, kite orang ada majlis konvokesyen. Konvo kat dewan besar maktab pula tu. Cikgu suruh berlakon, fariz kena jadi dayang raja masa tu. Then ada sesi nyanyian ramai-ramai. Time tadika fariz tak belajar pun, banyak main aje. At the end, sampai dah habis tadika fariz still tak pandai membaca & mengira. Time tu boleh dikategorikan sebagai budak bodoh la. 

hasil carian di google images- MPMK dah tukar jadi sekolah premier

 Tu jela moment yang fariz ingat-ingat lupa time sekolah tadika dulu. Kite orang batch last yang  tadika kat situ. Tahun berikutnye dah tak ade tadika, sebab dengar cerita bangunan maktab tu nak dirobohkan. Tapi tak tahu la betul ke tidak. Time tu budak-budak lagi kan, tak amek tahu hal-hal semua tu. Yang fariz tahu cuma enjoy life as kanak-kanak. Cuti sem nanti dah plan nak pinjam kereta mak nak menjejak semula tapak tadika ni. Hopefully terlaksana..to be continue..


Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum

klik gambar doa untuk tumbesaran



Wednesday, October 31, 2012

Infosys Campus Connect 1


6 buku kena khatamkan dalam sebulan

Beberapa hari selepas tamat peperiksaan akhir sesi Disember 2011, Fariz bersama 9 orang wakil daripada PSMZA bertolak ke Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan.

Pertama kali pergi Kelantan even dah 3 tahun menetap kat Terengganu tu. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Sempat juga terlelap sebelum sampai ke destinasi. 

Sampai je destinasi, check-in bilik. Kamsis PKB memang terbaik. Fariz bagi 4 bintang untuk fasiliti yang disediakan. Bilik besar, tandas taraf hotel, sumber air minum pun terbaik. Hopefully PSMZA pun akan transform macam PKB. 

Sesi malam pula kita orang ada taklimat kursus. First briefing, moderator cakap kita orang datang sini bukan sebagai peserta kursus but as INFOSYS EMPLOYEE..diulang yer..INFOSYS EMPLOYEE..so, maksudnya apa tu?? thats means, abis je exam poli, kita orang terus dapat job..keh3. Tapi untuk tempoh sebulan je la. Tak boleh nak berangan lebh-lebih..haha. 

Malam tu juga management tetapkan workspace kita orang. Tak boleh pilih suka-suka hati yer. Tu polisi syarikat. As a good employees, kita orang ikut je la polisi tu..huhu. Dah habis taklimat semua, balik la kita orang ke bilik masing.

sadly, fariz dapat second row from the back

 So, bermula 8 Mei 2012 bermula la life fariz as INFOSYS employee. Kat sini kita orang kena study subjek-subjek programming. Buku-buku kat atas tu la kita orang kena khatamkan dalam sebulan.


Tuesday, October 9, 2012

Terima Kasih



Alhamdulillah..

Selesai sudah pengajian Diploma in Programming setelah berjuang 3 tahun bersama kawan - kawan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Banyak kenangan suka duka selama bergelar pelajar diploma.

Belajar mengenali ragam manusia yang pelbagai. Belajar mengenali budaya masyarakat pantai timur. Belajar menjadi diri sendiri. Lepas ni tak tahu bila pula dapat jejakkan kaki ke sana semula.

Terima kasih para pensyarah atas segala bimbingan & tunjuk ajar. Terima kasih juga kawan - kawan atas segala sokongan & nasihat. Korang sentiasa disisi saat fariz jatuh. Korang bangkitkan semula semangat fariz saat tu. Terima kasih.

Episod baru kini bermula. Perjalanan langkah seorang pelajar lepasan diploma. Mengorak langkah mencorak  kehidupan.


Wednesday, April 18, 2012

#HisWords5

Semakin lama kita kenal seseorang, semakin banyak kita tahu buruk baik perangai dia. Biarlah kita sakit sekarang, sebab kita yakin Dia dah janjikan "setiap kesulitan ada kemudahan"(al-insyirah,94:5-6) dan "Allah memberikan kelapangan setelah kesempitan" (at-talaq,65:7). Dua kali Allah ulang perkara ni dalam surah al-insyirah & sekali dalam surah at-talaq.. that's why, kita tak perlu gelisah setiap kali ditimpa musibah.. Dia saja nak uji setinggi mana tahap kebergantungan kita pada-Nya.. jika kita tak sabar, amat rugilah.. sebab kita dah termasuk dalam perangkap syaitan.. nauzubillah.. kawan-kawan, jom perbaikan diri dan berusaha jadi lebih baik.. lets going a step ahead.. ^_^

Monday, March 26, 2012

#ctrl+C&ctrl+P

Jangan mendahului-Nya dengan menetapkan seseorang itu adalah jodohmu. Sebelum ijab kabul, dia BUKAN siapa-siapa bagimu dan BELUM HALAL untukmu. Selagi kalian tidak diikat oleh IKATAN YANG HALAL, selama itu jangan bazirkan perasaanmu. Dan JANGAN MELAMPAUI BATAS yang telah Allah tetapkan.

*peringatan utk fariz & hati-hati yang suci dan mudah menerima kebaikan..^^,

Monday, February 13, 2012

Saturday, February 11, 2012

Friday, February 3, 2012

#HisWords4

#taken at Pantai Teluk Bidara,
Dungun, Terengganu

Saturday, January 28, 2012

Kelapa @ Mutiara??

Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI, Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu:

Pertama ~> Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.

Kedua ~> Kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya

*perkongsian dari sahabat yang sangat sayang pada semua sahabat wanitanya

Monday, January 23, 2012

#HisWords3

Di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : "gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.." Seorang anak muda pulak menyampuk: "ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan.....malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...." Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni...".. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.
♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

*p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. "
(Riwayat Anas ra.:-)

Sunday, January 22, 2012

Sunday, January 15, 2012

Jom apply U


Jom apply sama-sama..sebelum tu jangan lupa beli no PIN kat BSN yer.. ^_^

http://upu.mohe.gov.my/

Thursday, January 12, 2012

Jom check result MUET


bagi candidate MUET End-Year 2011, korang boleh check terus kat portal MPM or check guna phone. Caranya :
type MUETRESULT (ic no) SEND TO 15888

Penerang Hati



Mencinta Mu tenangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cinta ku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Saturday, January 7, 2012

Rindu banget!!!

Petang yang damai membuatkan fariz teringat sangat2 kat pengat pisang mak.. adoyaiii.. kat dungun nie mane la nak cari kn?? Luahan hati diceritakan pada Mahirah, my housemate a.k.a adeq ^^, mulalah keluar idea nak memasak petang2 nie.. Fariz pun pergi la merempit cari bahan2 kat kedai utk buat pengat pisang.. Akhirnya, semua bahan memasak berjaya dibeli except daun pandan.. so, kurang wangi la pengat pisang kteorg 2..huuu~~

Firstly, adeq Mahirah uli tepung pulut utk dijadikn bebola.. dia teringin nak makan pengat pisang dengan tepung pulut.. sesi menguli tepung pun bermula.. then lps dah siap smue bahan2, fariz pun campak la semua bahan2 dalam periuk.. mak ngah cakap, "masak nie senang je, ko campak semua bahan2, DAH SIAP, senang kan??" Fariz pun apply la tips mak ngah 2 time memasak kat dapur.. jgn risau, xde ag incident ayam melompat dari kuali or yg sewaktu dengannya..hahahah.. :P

So, inilah hasil masakan petang nie ^_^


pengat pisang + sagu + tepung pulut

BAHAN2

1 kotak santan
air mineral
1 keping gula melaka
sedikit garam
sedikit gula
sagu(yang dah direndam dlm air hingga kembang)
tepung pulut (dah siap direbus terlebih dahulu)
pisang (xtaw fariz gune pisang ape td)
2 helai daun pandan (diikat kemas)

CARA MEMASAK

1. Macam yang fariz cakap tadi, korang campak je semua bahan2 kat atas 2 dalam periuk. Then rasa pengat 2, if kurang rasa, korang topup la ape2 yg kurang..

2. Okay thats all from me..selamat mencuba .. ^_^

#HisWords1

Solat Subuh ~► Wajah yang cantik
Solat Zohor ~► Duit yang banyak
Solat Asar ~► Kesihatan yang baik
Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya
Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Kata Nabi Muhammad S.A.W :

Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak ....