Wednesday, December 26, 2012

Perjalanan 1 - Tadika Delima, MPMK

Assalamualaikum

25 Julai 1991

Lahir ke alam dunia. Mak cerita fariz lahir kat kampung sebab mak serik nak beranak kat hospital. dalam 4 orang adik beradik, fariz sorang je lahir kat kampung. (special sikit..haha)

1997 

Fariz masuk sekolah tadika kat Tadika Delima Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK), Johor Bahru, Johor. Fariz special sikit, abah hantar sekolah tadika kat maktab perguruan, jauh lak tu dari rumah. Suka time tadika, asyik main je hari-hari.

Yang fariz ingat, fariz antara budak paling awal sampai sekolah. Sampai tadika je terus selongkar bahagian mainan, benda first fariz cari piano yang kena tiup if nak kuar bunyi, if tak tiup, tak kuar bunyi even kita dah tekan key-key kat piano tu. Fariz tak tahu la ape nama instrument 2, tapi sekarang nie dah tak jumpa dah mainan macam tu.

Kat tadika kite orang duduk ikut kumpulan buah-buahan, ada 5 kumpulan buah tak silap sebab tiap-tiap hari kumpulan buah-buahan ni akan bergilir-gilir main taman pasir kat luar kelas. 

Waktu paling best sekali adalah sesi makan..haha. Sedia maklum la, fariz nie kuat makan. Kat tadika dulu makanan sedap-sedap cikgu sediakan. Tapi menu yang paling fariz ingat sampai sekarang adalah nasi lemak cikgu. Tu la menu paling sedap kat tadika dulu. Lepas habis tadika je, fariz tak jumpa dah nasi lemak sesedap nasi lemak cikgu tu. 

Akhir tahun sebelum habis tadika, kite orang ada majlis konvokesyen. Konvo kat dewan besar maktab pula tu. Cikgu suruh berlakon, fariz kena jadi dayang raja masa tu. Then ada sesi nyanyian ramai-ramai. Time tadika fariz tak belajar pun, banyak main aje. At the end, sampai dah habis tadika fariz still tak pandai membaca & mengira. Time tu boleh dikategorikan sebagai budak bodoh la. 

hasil carian di google images- MPMK dah tukar jadi sekolah premier

 Tu jela moment yang fariz ingat-ingat lupa time sekolah tadika dulu. Kite orang batch last yang  tadika kat situ. Tahun berikutnye dah tak ade tadika, sebab dengar cerita bangunan maktab tu nak dirobohkan. Tapi tak tahu la betul ke tidak. Time tu budak-budak lagi kan, tak amek tahu hal-hal semua tu. Yang fariz tahu cuma enjoy life as kanak-kanak. Cuti sem nanti dah plan nak pinjam kereta mak nak menjejak semula tapak tadika ni. Hopefully terlaksana..to be continue..