Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah

mood : usaha dulu baru tawakal~~

ALHAMDULILLAH..

Sebuah ungkapan yang mampu fariz ucapkan usai test speaking tadi..

Just wanna inform readers that I'm MUET's candidate for this end year exam!!!!!!(terabur ayat..adehh..at least fariz try kn??? huhu..)

Niat amek exam nie sebab nak sambung ijazah la kn..of course..tapi tak tahu la camne result sem akhir nanti..hopefully tak ada mana-mana subjek kena repeat untuk dua sem akhir nie dan fariz boleh graduate on time with all my beloved friends..~*(^___^)*~

Actually nak cerita test MUET tadi..fariz jadi candidate D..tajuk kteorg 'Greatest Challenge faces by Student Who Study Abroad'..4 main point kteorg dapat:

1. Homesick
2. Language barrier
3. Financial aid
4. Cultural differences

bila dah jadi candidate D, of course la dapat point ke-4 kn?? Pada fariz tajuk kteorg nie agak senang..fariz enjoy dengan test speaking tadi (speaking ntahape2ntah je tadi sebenarnya..huhu) thanks candidate A,B and C for your cooperation..I will remember that moment..

Three more papers to go..(whispering : farizatul,,please do your revision for another 3 papers..jangan main-main lagi yer..)

Semangat oh semangat..jangan lari lagi yer..~(^___^)~

*Untuk MUET candidates yang akan test speaking pada hari-hari seterusnya nie..fariz doakan korang dapat buat sehabis baik yer..if Task A tak dapat nak elaborate sangat, grab your chances on Task B..don't despair and never loose hope k..do your best guys..

Sunday, October 9, 2011

Diam itu lebih baik

mood : biru itu tenang~~

Kalau kita sukakan seseorang , jangan beritahu si dia
Nanti Allah kurangkan rasa cinta kepadanya
Tapi luahkan pada Allah , beritahu pada Allah
Allah Maha tahu siapa jodoh kita
Cintai dia dalam diam
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana Allah
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

*duhai hati..ikhlaslah dengan apa yang berlaku~~~

Friday, October 7, 2011

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..



Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

Wednesday, October 5, 2011

Adakah aku sudah bersedia???

pusara arwah atuk & nenek

Andai kita diuji dengan kematian orang yang kita sayangi, jangan terlalu bersedih, doakanlah untuknya. Sampai masa nanti, kita pula menyusul. Sesungguhnya kematian itu akan menjemputku pada bila2 masa shj..cukupkah bekalanku???

Saturday, September 24, 2011

Kenapa dengan aku???

mood : nak bersendirian kat air terjun dan berusaha mencari ikhlas

Sememangnya fariz tiada bakat untuk menulis..hanya suka membebel dan tema blog sudah bertukar menjadi medium untuk fariz mengekspresi mood + perasaan + berceloteh + mengarut ntahape2ntah..if ada yang membaca entry blog ni and korang rasa tiada sesi percambahan ilmu di sini..sila tinggalkan blog yang kaku nie..jangan risau, fariz tak berkecil hati pun.."boleh tak blog nie jadi open diari fariz??" (haha..hope ad respond je bila ko tanya camtue..adehh..dushh)

Mengapakah semester nie macam tak best je?? major kawan-kawan pun cakap benda yang sama..sem nie tak macam sem2 lepas..sem yang memenatkan..maybe camnie jugak senior2 kiteorang pernah alami dulu (ntahyentahtidak..adehh)but seriously..I'm not in mood for this semester..adakah sebab satu sem praktikal (means tak menghadap note + buku + tak masuk kelas + takde test/exam/lab/assignment/kuiz)then fariz menjadi semakin malas?? (ohh TIDAKKK!!!)

Housemate2ku..tolonglah housemate korang yang sorang nie..nape fariz jadi semakin malas sem nie?? Semua assignment + lab mesti menjelang subuh baru siap..kenapakah dengan diriku ini?? adakah minat untuk belajar itu tiada lagi dalam diriku?? banyak sangat persoalan dalam kepala otak..tapi tiada jawapan yang mampu fariz berikan..


soalan :kenapakah dengan diriku??
jawapan : ~~~~~~~ (no specific answer lorhhh..)

Beberapa hari lepas, emak ada mesej kat chatbox FB..

emak : macam mana test tadi? boleh jawab ke bedal je??
ami : hahaha..bedal je
emak : kalau selalu bedal, nanti balik jb ko pulak kena bedal..ada faham???!!!
ami : adehhh..ampun3
emak : sendiri mahu ingat tu..pesan orang tua-tua, selalu berfikir sebelum jawab..jangan hentam kromo kalau mahu berjaya..

(haaa..siap dapat amaran keras lagi tu..so, ami tak boleh belajar main2 lagi la pasnie..if pointer sem ni merundum..tak bernyawa la gue..dushhh)

Ampun mak, ami pun tak tahu nape dengan ami nie..if nak belajar je sedih..maybe coz tiada pengisian rohani seperti dulu kala..kekuatan + semangat belajarku sudah terbang melayang entahkemana2entah..semestinya ami rindu nak berkumpul dalam halaqah, taa'lim, daurah, program dengan akhwat..tapi ami malu nak bercampur dengan akhwat2 semua..

mesej to azi >>> ami admit,ami rindu dengan suasana bersama akhwat tapi ami tak kuat..

kenapakah dengan aku?? masih mencari jawapan dan masih berusaha mencari ikhlas

Wednesday, September 21, 2011

Dilema Cinta Ilahi



Puas ku coretkan kata cinta ini,
Beriringan kata seindah bicara,
Lautan api telah pun ku selami,
Namun geloranya tetap sama,

Oh Tuhan, di manakah cinta-Mu,
Oh Tuhan, di manakah rindu-Mu,
dan ke manakah redha-Mu
ke manakah restu-Mu.

Dilema cinta ini merunsingkan hatiku,
Ku harapkan cinta-Mu ilahi..

Dilema cinta ini merunsingkan hatiku,
hanya ku dapat laknat dari-Mu...

by:
ForHeart