Monday, February 13, 2012

#Momo1


lets stay connected with quran..^_^

Saturday, February 11, 2012

Friday, February 3, 2012

#HisWords4

#taken at Pantai Teluk Bidara,
Dungun, Terengganu

Saturday, January 28, 2012

Kelapa @ Mutiara??

Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI, Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu:

Pertama ~> Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.

Kedua ~> Kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya

*perkongsian dari sahabat yang sangat sayang pada semua sahabat wanitanya

Monday, January 23, 2012

#HisWords3

Di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : "gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.." Seorang anak muda pulak menyampuk: "ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan.....malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...." Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni...".. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.
♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

*p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. "
(Riwayat Anas ra.:-)

Sunday, January 22, 2012