Wednesday, April 22, 2009

MENJADI TETAMU ALLAH

bismillah

Alhamdulillah setelah berbulan2 menanti, akhirnya abah dan mak akan berangkat ke tanah suci Makkah untuk melaksanakan ibadah umrah. Segala kelengkapan untuk ke sana sudah disiapkan. Insya-Allah pada pukul 12.3o malam ni, abah dan mak akan berangkat ke ibu negara. Mengikut perancangan awal, abah dan mak akan singgah di rumah pak cik sebelum menaiki pesawat di KLIA pada pukul 3 ptg esok. Hope para visitor turut mendoakan keselamatan abah dan mak saya sepanjang perjalanan mereka menjadi tetamu Allah.

Sepanjang 2 minggu nie saya dan adik akan tinggal di rumah atuk saudara. Maybe sepanjang tempoh tu tiada post terbaru dari saya. Doakan segala urusan dipermudah oleh Allah s.w.t. Saya juga mendoakan yang terbaik untuk sahabat semua.

Tadi baru check senarai layak i/v maktab, maybe bukan rezeki saya untuk jadi pendidik pada masa ni. Saya berpegang pada kata2 Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(QS 2:216)

Bukanlah maksud saya kerjaya sebagai pendidik itu sesuatu yang buruk mungkin dlm perjalanan menjadi pendidik itu ada sesuatu perkara yang tidak mampu saya hadapi, sesuai dengan firman ini, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dangan kesanggupannya,"(QS 2:286)

Setakat ini sahaja post untuk kali ini, semoga Allah permudahkan segala urusan harian kita.

Sunday, April 19, 2009

Oleh : Azizah binti Jabar

Pada 28-29 mac 2009 yang lalu buat kali kedua Perkim Ampang, Selangor yang diterajui oleh brother Lim Jooi Soon dan dibantu 2 orang pembantu, bro.Azmil Abrar dan bro.Yusry telah berjaya menganjurkan ‘Induktif Dakwah Training’ fasa 3. Jika fasa 1 dan fasa 2 dibuka banyak sesi dalam setahun tetapi fasa 3 hanya sekali setahun. Dan buat julung kalinya IDT 3 ini diadakan di Melaka. Disebabkan antara aktiviti utama program ini ialah melawat gereja dan kuil jadi bilangan peserta terpaksa diminimumkan supaya tidak menganggu rumah ibadat mereka. Peserta kali ini seramai 8 orang (3 lelaki dan 5 wanita). Peserta-peserta terdiri daripada pelajar ipt dan pekerja, iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Darul Quran Kuala Kubu Bharu, seorang dari UPSI Tg.Malim, seorang dari Uitm Shah Alam dan seorang lagi wanita merupakan seorang guru sekolah. Malah rombongan kami turut ditemani oleh pegawai Perkim Melaka, Puan Rokiah.


Antara rumah ibadat yang dilawati ialah Gereja St.Peter (Katholik), Gereja City Community (Protestan) dan Kuil Buddha Kuan Yin (yang tertua di Malaysia). Pada hari pertama peserta dibawa melawat Gereja St.Peter (Katholik) dan disambut dengan penuh ramah mesra oleh Paderi gereja tersebut. Kami diberi penerangan mengenai setiap inci gereja tersebut yang dipenuhi pelbagai jenis patung-patung dan arca yang membawa simbolik dan sejarah tersendiri. Pertama kali menjejak kaki ke gereja bermacam perasaan yang sukar ditafsir bukan takut atau gementar kerana bagi penulis tiada apa yang perlu ditakutkan seperti omongan masyarakat melayu iaitu tengok salib pun boleh gugur aqidah, tetapi penulis berasa inilah masanya penulis menyaksikan sendiri rumah ibadat mereka dan menilai semula melalui cerita yang penulis dapati dan dengar dari penceramah seperti bro.Amin Yaakob dan bro.Lim sendiri. Sebenar melalui lawatan sebegini akan membuatkan kita bertambah yakin dengan islam malah bagai ada dorongan untuk memberitahu mereka bahawa agama islam adalah agama yang sepatutnya mereka anuti. Apa yang sungguh dikesalkan ialah cerita mengenai ‘holy water’ yang pernah disebarkan menerusi internet dan cerita-cerita di kalangan masyakat melayu iaitu air suci kristian tersebut boleh memurtadkan seseorang malah lidah kelu untuk bersyahadah. Sungguh tidak logik cerita tersebut kerana jika benar, sebaiknya paderi kristian memasukkan air tersebut ke dalam tangki air besar yang ada di setiap kawasan perumahan atau di loji air supaya semua rumah akan disalurkan air yang bercampur ’holy water’ dan ‘confirm’ mereka akan masak dan minum air tersebut lalu mudah bagi mereka menyebarkan dakyah. Namun sebenarnya cerita ini adalah fitnah masyarakat melayu sendiri kepada kaum kristian, sedangkan mereka sendiri tidak minum air tersebut. Nak tahu apa itu air ‘holy water’? hanyalah air biasa bercampur sedikit titisan minyak zaitun yang diletakkan ke dalam sebuah bekas di pintu masuk gereja, bertujuan sebagai syarat penyucian mereka masuk ke dalam gereja iaitu dengan cara mencelup jari sedikit ke dalam air dan metitipkan ke tiga tempat dahi dan kedua bahu. Itu sahaja yang mereka lakukan dengan ‘holy water’.



















Inilah dua bekas air yang dipanggil ‘holy water’



Pada hari kedua, kami melawat Gereja City Community (Protestan) yang terletak di sebelah hotel penginapan kami (Hotel Straits Meridian). Kami difahamkan gereja kristian protestan sangat sukar untuk menerima kedatangan pelawat berbanding gereja katholik, nasib kami baik kali ini kerana buat pertama kalinya pelawat yang diterima adalah kami. Dari jauh lagi kelihatan ada sekumpulan orang menunggu kedatangan kami dan kami telah disambut dengan ramah oleh paderi dan pembantunya. Melawat gereja yang kali ini membuat penulis tertanya sendiri ‘dimanakah patung-patung seperti gereja semalam?’ kerana tiada satu patung pun yang kelihatan. Sebelum menyertai acara ritual mereka yang sering diadakan setiap hari ahad di dewan khas, kami diperkenalkan dengan paderi dan beliau memberi sedikit penerangan mengenai gereja tersebut. Beberapa minit selepas itu kami dipersilakan untuk ke dewan khas dimana kelihatan pentas dan sebuah band yang bersiap-sedia mengadakan persembahan. Setiap kerusi mula dipenuhi orang dan kami di beri laluan untuk duduk di kerusi bersama mereka. Pada permulaan majlis tersebut, paderi memberi sedikit kata-kata pembukaan dengan memuji Tuhan Jesus mereka. Tidak ketinggalan paderi tersebut mengumumkan kehadiran kami kepada hadirin serta memberi penghormatan kepada kami. Selepas itu beberapa orang pemuda pemudi naik ke pentas mengetuai nyanyian lagu. Lagu-lagu ketuhanan yang mereka nyanyikan dalam bentuk bahasa inggeris dan bahasa melayu. Mereka kelihatan penuh khusyuk dalam menghayati bait-bait lagu yang ditujukan kepada Tuhan Jesus. Kasihan, andai khusyuk ini tepat pada sembahan bukankah tinggi nilai ketaqwaan, penulis sekadar monolog sendirian. Malah terdapat seorang sahabat menitiskan airmatanya semasa berada dalam majlis tersebut. Bukan kerana syahdu menghayati bait-bait lagu ritual mereka tetapi merasakan diri sangat bersalah kerana tidak mendakwahi mereka.





Penulis melihat dua situasi yang berbeza antara umat islam dan kaum kristian, sebenar isu rumah ibadat dan masjid ini sudah lama, tetapi hari tersebut penulis sendiri merasai perbezaan tersebut. Mengapa masjid tidak dibenarkan dimasuki orang bukan islam dengan alasan mereka tidak suci? Padahal firman Allah : (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Taubah 9: 28) merupakan larangan kepada non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci sahaja. Malahan ada riwayat yang Rasululllah shalallahu alayhi wasalam membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima kedatangan Orang Kristian dari Najran untuk dalam masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah shalallahu alayhi wasalam bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).” Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yang Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.1




Padahal mereka hanya mahu melihat bagaimana umat islam mengadakan aktiviti ritual dalam masjid namun dihalangan oleh segelintir orang masjid. Bayangkan jika sebenar ‘non-muslim’ tersebut akan mendapat hidayah melalui lawatannya ke masjid tetapi dihalang oleh kita. Malah ada yang menunjukkan adab yang kurang wajar.





Sekali lagi penulis membuat pembandingan yang ada di antara masjid dan gereja yang dilawati, jangan salah sangka bukan sengaja mencari keburukan dan kelemahan tetapi supaya kita sama fikirkan adakah kita sebenar sudah berakhlak seperti islam yang sebenar dan mengikuti sunnah nabi yang dicintai umat. Semasa melawat gereja City Community (Protestan) ini, paderi memberitahu kami di gereja tersebut disediakan ruang dan bilik khas untuk kanak-kanak supaya mereka dapat belajar dan bermain sesama mereka sementara ibu bapa mereka ‘beribadat’. Pembantu khas juga dilantik menjaga kanak-kanak tersebut. Pemandangan berbeza pula penulis melihat di masjid terkenal yang terletak berhampiran tempat penginapan kami dan juga gereja tersebut iaitu papan tanda yang melarang kanak-kanak bawah umur 4 tahun dibawa ke dalam masjid. Penulis akui bahawa alasannya adalah untuk tidak menganggu jemaah bersolat, namun adakah peraturan sebegini pernah diajarkan oleh nabi shalallahu alayhi wasalam? Dalam hadis Nabi shalallahu alayhi wasalam, baginda bersabda: “Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku mensegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya” (Riwayat al-Bukhari). Rasulullah amat perihatin dengan jemaah malah memahami tanggjungjawab setiap umatnya, jika baginda merasakan kanak-kanak tidak perlu dibawa ke masjid sudah tentu terdapat dalil atau hadith yang menyebut. 2





Destinasi terakhir kami lawati ialah kuil Buddha tertua di Malaysia. Lawati kami ke kuil ini sekadar lawatan biasa kerana kuil ini sememang dibuka untuk pelancong. Kami melihat begitu banyak patung-patung Buddha dan terdapat beberapa orang sami Buddha yang tinggal di dalam kuil tersebut. Penulis sempat mengambil buku-buku berkaitan agama Buddha yang disediakan di atas sebuah rak untuk diberi secara percuma. Penulis difahamkan agama budhha tidak seperti agama kristian di mana paderi atau penganut mereka terbuka untuk berdialog mengenai agama mereka, namun penganut Buddha lebih bersikap mengelakkan diri dari bercakap dengan mendalam mengenai agama mereka kerana mereka sendiri tidak benar-benar mengetahui asal-usul agama mereka. Wallahu Taala bisawab.






Sekian, serba sedikit pengembaraan mengenali dan mendekati variasi agama dan kepercayaan umat manusia. Alhamdulillah syukurlillah atas kesempatan dalam kesempitan yang ada. Moga dengan sedikit perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca, cukup walau sekelumit cuma.

Wallahu’alam bisawab~


Rujukan tambahan:
1http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/orang-kafir-masuk-masjid-2/
2 http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=11


Fariza:Post dr blog Ukhti Izzah http://khazanah-kerahsiaan.blogspot.com

Friday, April 10, 2009

Tahniah!

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat berjuang kpd rakan2 yg akan menjalani dan menghadiri sesi temu duga dan educamp UTP..hope korang dh preparebetul2 n wat sehabis baek tok interview 2..

Tuesday, April 7, 2009

Muwasafat Tarbiyah




10 muwasafat tarbiyyah

1.Akidah yang bersih

2.Ibadah yang sahih

3.Akhlak yang baik

4.Mampu bekerja

5.Luas pengetahuan

6.Tubuh yang sihat

7.Berjihad melawan hawa nafsu

8.Teratur Kehidupannya

9.Menjaga masanya

10.Bermanfaat kepada orang lain

Friday, April 3, 2009

Awal Kalam..

Pertama2 sekali setinggi ucapan syukur kepada Yang Maha Pencipta, selawat dan salam ke atas murabbi teragung baginda Rasulullah s.a.w, para mujahid wa mujahadah yang masih berjuang menegakkan syariah Islam..Alhamdulillah akhirnya terzahir juga blog ana sendiri setelah berbulan2 asyik passed by blog akhwat..actually ana masih pertimbangkan tema yg sesuai tok diketengahkan dlm blog nie..Kepada para visitor ana ucapkan terima kasih kerana sudi ziarah..hope antunna dpt beri sokongan kpd insan kerdil ini..Sebenarnya tak tahu nk tulis pe..insya-Allah akan byk perkongsian ilmu/pendapat akan berlansung tok post akan dtg.. Wassalam...(^_^)