Thursday, June 25, 2009

HADIS 1 - ANTARA NIAT DAN PAHALA


Assalamualaikum w.b.t
Dalam akhir bulan Jun nie Izah sibuk menyediakan kelengkapan untuk berpindah ke tempat baru. Banyak rasanya barang yang hendak dibawa. Tapi amat mustahil untuk dibawa semuanya memandangkan Izah masih belum meninjau tempat tinggal baru Izah. Dalam kesibukan mengemas barang, sempat juga Izah mencari video Islami di ruangan internet. So, Izah nak share video dan hadis yang berkaitan. Maybe ramai dah maklum tentang hadis nie. Juz for refresh our mind dan moga membawa manfaat kepada diri Izah serta para pengunjung blog ~.:MENCARI MUKHLIS:.~

Mari kita berkongsi hadis pertama dalam Hadis Arba'in An-Nawawiyah



Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar bin Khatab r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia cari atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju."
(HR Bukhari dan Muslim)

Suatu masa di zaman Rasulullah saw, terdapat seorang pemuda telah diajak berhijrah untuk menyebarkan Islam. Pemuda itu menolak ajakan tersebut kerana tidak mahu berpisah dengan wanita yang ingin dinikahinya. Pada suatu hari, pemuda ini telah diberi syarat untuk menyertai rombongan hijrah jika ingin menikahi wanita tersebut. Oleh itu, pemuda ini menyertai rombongan hijrah kerana ingin menikahi wanita itu. Maka pemuda itu dapat menikahi wanita tersebut.

Moga setiap amal ibadat yang kita lakukan berdasarkan niat yang ikhlas menuju redha-Nya semata-mata. Masukan ini sebagai ingatan untuk diri Izah yang sering terlupa juga untuk sahabat yang sudi mengunjungi blog ~.:MENCARI MUKHLIS:.~
Wassalam

No comments: