Seringkali terdengar keluhan dari sahabat-sahabat muslimat yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, “Susahnya nak cari tudung yang betul-betul menepati syariat sekarang ni… Tudung-tudung sekarang ni kainnya nipis dan jarang-jarang, tapi cantik. Makin nipis, makin mahal pula harganya.”
Sudahnya, disebabkan tiada pilihan, terpaksalah membelinya juga. Benar, hasil tinjauan di kedai-kedai, memang semua kain tudung yang dijual sangat nipis dan jarang. Tak padan dengan harga!
Sahabat-sahabat yang jenis sangat mengambil berat tentang aurat mungkin akan pakai tudung dua lapis (dah terpaksa, nak buat macam mana, nak juga ikut fesyen). Tapi yang jenis tak berapa kisah, main belasah aje… kerana sudah tiada pilihan! Kalau ada pilihan pun, dah tak ikut trend masa kini. Dah tak up-to-date orang kata. “ Alah, jarang sikit-sikit, tak nampak nya.”
Tapi, betul ke tak nampak? Cuba perhati betul-betul.
Sudahnya, mereka ini terjerat dengan suasana dan trend masa kini. Ghairah dengan fesyen tudung yang menarik naluri untuk mencuba. Daripada yang dahulunya elok bertudung labuh, sudah bertukar kepada tudung yang agak labuh juga, tetapi jarang dan tipis! Dan yang lebih sedih lagi, yang lebih berani lagi ada yang tidak menutupi paras dada, ataupun hanya cukup-cukup makan. Hakikatnya, inilah fenomena yang terjadi di kalangan yang berpengajian agama, daripada pelajar hinggalah kepada ustazah atau pensyarah.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua golongan daripada ahli neraka yang aku tidak pernah melihatnya lagi, iaitu satu kaum yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang, dan satu golongan lagi ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang menarik perhatian, kepalanya seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan baunya sekalipun, sedangkan bau syurga itu boleh didapati daripada perjalanan sekian-sekian.” – Riwayat Muslim
RACUN BERBISA
Dalam situasi ini, para wanita Muslim umumnya, dan yang berpengetahuan agama khususnya, telah terkena racun, Diracun dengan begitu kejamnya oleh suasana dan trend masa kini. Mereka ini sebenarnya telah terdedah kepada bahaya fitnah. Fitnah yang mudah tersebar luas di kalangan masyarakat.
Bayangkan jika para wanita yang faham agama, mengaji, atau mengajar agama seperti para pelajar agama, ustazah, pengajian Islam, dan aktivis dakwah memakai tudung yang tidak menepati syariat seperti yang telah disebutkan tadi. Bayangkan jika mereka itu adalah ustazah atau pensyarah anda sendiri, adakah anda respect pada mereka? Patutkah mereka ini kita respect? Lebih bahaya lagi, mereka akan dijadikan ikutan oleh generasi yang mereka didik dan ajar sendiri, malah boleh jadi lebih teruk daripada mereka sendiri. Bak kata pepatah, Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Jadi, berbalik kepada topik asal, adakah tudung sekarang ini trend, fesyen, atau syariat?
SMALL MATTER
SMALL MATTER
Kasihan para Muslimah, daripada niat menutup aurat kononnya, bukan semakin mendapat pahala, malah mengundang dosa, dek kerana kejahilan atau mungkin sengaja buat-buat tidak tahu. Tetapi, hakikat yang perlu diketahui, small matter, matters. Benda kecil, jika diabaikan, akan terkumpul menjadi besar. Dosa kecil, jika dilakukan berulang kali, akan berubah menjadi dosa besar.
SUASANA MENGIKUT KITA
Biar suasana mengikut kita, bukan kita yang mengikut suasana. Kita harus menjadi proaktif. Dalam beberapa keadaan, mengikut suasana itu boleh, asal saja menepati syariat dan hukum Islam. Itu sahaja kuncinya.
PERBETULKAN PERSEPSI
Dalam soal tudung ini, kita perlu ubah persepsi PAKAI TUDUNG ITU TUTUP AURAT. Persepsi ini SALAH. Ini kerana ia menjadikan kita lebih fokus kepada perbuatan memakai tudung bukan menutup aurat secara sempurna.Forward mesej yang Izzah terima dalam inbox fs.
Dewasa ini, memang x dapat dinafikan industri fesyen muslimah semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun perkembangan ini kadang kala menjerumuskan muslimah ke lembah fitnah. Oleh itu sebagai wanita Islam, seharusnya bijak memilih corak kehidupan berlandaskan syariat. Sebagai peringatan untuk perbaikan diri dan saudara seagama sama2 kita re'check' iman n diri agar setiap ibadah dan pekerjaan kita berlandas syariat yang telah digariskan dalam al-Quran. Wassalam.
No comments:
Post a Comment