Wednesday, September 16, 2009

SAY NO 2 IKHTILAT







Artikel dr laman [link]


Apa itu ikhtilat?
Ikhtilat bermaksud pergaulan dalam Bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar khalata iaitu bercampur. Percampuran ini boleh berlaku di kalangan manusia, haiwan atau benda.

Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai khalwat.
Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.

Hukum Asal
Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.

Dalil-Dalil
Pengharaman pergaulan antara lelaki dan perempuan meskipun tidak terdapat satu nas yang qatie (jelas), namun pengharamannya hanya berasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi. Oleh itu, nas-nas tersebut boleh dijadikan sebagai petunjuk pengharaman pergaulan. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita, hukum solat Jumaat bagi wanita dan beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk wanita.

Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan Hukum Pergaulan
Dalam konteks persoalan berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan di Malaysia, meskipun hukum asalnya adalah haram seperti mana yang telah dihujahkan sebelum ini **[rujuk perbincangan tentang hukum asal pergaulan], namun apabila dilihat dari sudut pendekatan pemakaian uruf masyarakat di Malaysia, ternyata beberapa kelonggaran tetap wujud seiring dengan prinsip iaitu mengambilkira suasana setempat dan semasa di Malaysia. Persoalan yang turut perlu dipertimbangkan contohnya:
Kaum wanita turut keluar mencari rezeki dengan bekerja, malahan wanita di Malaysia kini hampir seimbang dominasi peratusan mereka yang bekerja dengan lelaki· persoalan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa belajar. Di universiti, keadaan sama berlaku.

**Al-Isra' ayat:32 yg brmksd: DAN JNGNLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA,SESNGGUHNYA IA ADALAH SEBURUK2 JALAN..

Pengecualian Bagi Hukum Asal
Unsur Darurat
pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

Apabila Wujud Keperluan atau Hajat
Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.

Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.

Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

No comments: