Tuesday, October 9, 2012

Terima Kasih



Alhamdulillah..

Selesai sudah pengajian Diploma in Programming setelah berjuang 3 tahun bersama kawan - kawan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Banyak kenangan suka duka selama bergelar pelajar diploma.

Belajar mengenali ragam manusia yang pelbagai. Belajar mengenali budaya masyarakat pantai timur. Belajar menjadi diri sendiri. Lepas ni tak tahu bila pula dapat jejakkan kaki ke sana semula.

Terima kasih para pensyarah atas segala bimbingan & tunjuk ajar. Terima kasih juga kawan - kawan atas segala sokongan & nasihat. Korang sentiasa disisi saat fariz jatuh. Korang bangkitkan semula semangat fariz saat tu. Terima kasih.

Episod baru kini bermula. Perjalanan langkah seorang pelajar lepasan diploma. Mengorak langkah mencorak  kehidupan.


No comments: