Wednesday, October 31, 2012

Infosys Campus Connect 1


6 buku kena khatamkan dalam sebulan

Beberapa hari selepas tamat peperiksaan akhir sesi Disember 2011, Fariz bersama 9 orang wakil daripada PSMZA bertolak ke Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan.

Pertama kali pergi Kelantan even dah 3 tahun menetap kat Terengganu tu. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Sempat juga terlelap sebelum sampai ke destinasi. 

Sampai je destinasi, check-in bilik. Kamsis PKB memang terbaik. Fariz bagi 4 bintang untuk fasiliti yang disediakan. Bilik besar, tandas taraf hotel, sumber air minum pun terbaik. Hopefully PSMZA pun akan transform macam PKB. 

Sesi malam pula kita orang ada taklimat kursus. First briefing, moderator cakap kita orang datang sini bukan sebagai peserta kursus but as INFOSYS EMPLOYEE..diulang yer..INFOSYS EMPLOYEE..so, maksudnya apa tu?? thats means, abis je exam poli, kita orang terus dapat job..keh3. Tapi untuk tempoh sebulan je la. Tak boleh nak berangan lebh-lebih..haha. 

Malam tu juga management tetapkan workspace kita orang. Tak boleh pilih suka-suka hati yer. Tu polisi syarikat. As a good employees, kita orang ikut je la polisi tu..huhu. Dah habis taklimat semua, balik la kita orang ke bilik masing.

sadly, fariz dapat second row from the back

 So, bermula 8 Mei 2012 bermula la life fariz as INFOSYS employee. Kat sini kita orang kena study subjek-subjek programming. Buku-buku kat atas tu la kita orang kena khatamkan dalam sebulan.


Tuesday, October 9, 2012

Terima Kasih



Alhamdulillah..

Selesai sudah pengajian Diploma in Programming setelah berjuang 3 tahun bersama kawan - kawan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Banyak kenangan suka duka selama bergelar pelajar diploma.

Belajar mengenali ragam manusia yang pelbagai. Belajar mengenali budaya masyarakat pantai timur. Belajar menjadi diri sendiri. Lepas ni tak tahu bila pula dapat jejakkan kaki ke sana semula.

Terima kasih para pensyarah atas segala bimbingan & tunjuk ajar. Terima kasih juga kawan - kawan atas segala sokongan & nasihat. Korang sentiasa disisi saat fariz jatuh. Korang bangkitkan semula semangat fariz saat tu. Terima kasih.

Episod baru kini bermula. Perjalanan langkah seorang pelajar lepasan diploma. Mengorak langkah mencorak  kehidupan.