Monday, January 14, 2013

Perjalanan 2 - SK Taman Johor Jaya 1

Assalamualaikum

1998-2000

lencana sekolah


Dah tamat sekolah tadika, fariz sambung la pula belajar kat sekolah rendah. Dari darjah satu sampai darjah tiga, fariz belajar kat SK Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru, Johor waktu petang. Sebelah pagi fariz pergi kelas KAFA (macam kelas agama la camtu).

 Fariz sekelas dengan jiran depan rumah (langkau gelanggang badminton depan rumah, terus sampai rumah dia). Nama dia Athirah. Dia ada 5 orang adik-beradik (Azani, Atiqah, dia, nina & baby). Dalam dua tahun pertama persekolahan tu fariz memang kawan dengan athirah jela.

Waktu pagi fariz & athirah pergi kelas KAFA kat surau. Kite orang jalan kaki dari rumah. Actually tak jauh sangat pun, tapi jalan yang kite orang kena lalu tu banyak anjing (sebab kawasan perumahan tu ramai orang cina). Tiap hari memang berdebar jela time nak pergi kelas KAFA, takut kena kejar anjing. Dah sampai kelas, takut dengan ustazah pula. Ustazah kite orang garang. Time KAFA belajar ngaji, tajwid, sirah. Macam-macam ilmu agama la (actually tak ingat sangat..haha).

Habis kelas KAFA, fariz siap2 pergi sekolah rendah sebelah petang pula. Fariz masuk kelas first masa darjah 1 & 2, maybe sebab nama fariz start dengan huruf 'F' or sebab fariz tadika kat maktab dulu kot. Entah la, fariz pun tak tahu camne boleh masuk kelas first, padahal tak pandai baca, tak pandai mengira.

Nak masuk darjah tiga baru cikgu betul-betul ikut prestasi pelajaran. Memandangkan fariz masih lagi tak pandai baca, mengira, menulis, so fariz masuk la kelas terakhir masa darjah tiga tu. Cikgu ada juga masukkan fariz kat kelas pemulihan tapi sebab otak ni lambat proses maklumat tentang kepentingan ilmu tu kot yang wat fariz tak minat langsung nak belajar.

Fariz tak minat belajar sampai la fariz dapat seru masa darjah tiga. Nak dijadikan cerita, time darjah tiga tu kelas kite orang dapat cikgu BM baru. Cikgu lelaki, hensem lak tu. Nama dia Cikgu Husaini if tak silap. Disebabkan dia hensem & baik, fariz jadi minat pula nak belajar. Especially subjek BM la. Start darjah tiga tu la fariz belajar baca, menulis. And exam akhir darjah tiga tu fariz dapat No 1 dalam kelas. Tapi dengan gred lebih kurang jela sebab duduk dalam kelas terakhir kan. Takde la dapat lawan gred budak No 1 dari kelas budak pandai. Dari situ la titik mula perjalanan mengejar ilmu dalam hidup fariz.


sumber : fb sktjj1

Time budak-budak dulu fariz & kakak agak nakal la. Selalu main-main kat luar rumah. Pergi umah Cik Yati (mak athirah). Dalam tiga orang adik-beradik (time nie adibah, adik fariz yang last belum lahir lagi), fariz & kakak paling suka keluar rumah. Ein (abang sulung) duduk terperap kat rumah. Bila fikir-fikir balik, kite orang confuse, patutnye budak lagi yang suka merayap kat luar, budak perempuan memerap kat rumah. Tapi kes kite orang nie terbalik lak, Ein dok memerap kat umah, kite orang yang perempuan nie lak merayap main-main kat luar. Kadang-kadang kite orang nie jahat gak, cakap Ein tu perempuan sebab tak keluar rumah..haha..tapi tue cerita time kecik-kecik dulu je la..

to be continue..

2 comments:

Anonymous said...

haha~

betulkan niat,
jangan sekarang belajar sebab cikgu baik dan hensem sudah la

huhu~

~FaRiz~ said...

aku baru perasan ada komentar dari kakak tersayang..dok eh..jangan risau boh..skrg xrmai lecturer lelaki bujang..haha..:P