Tuesday, October 9, 2012
Terima Kasih
Alhamdulillah..
Selesai sudah pengajian Diploma in Programming setelah berjuang 3 tahun bersama kawan - kawan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Banyak kenangan suka duka selama bergelar pelajar diploma.
Belajar mengenali ragam manusia yang pelbagai. Belajar mengenali budaya masyarakat pantai timur. Belajar menjadi diri sendiri. Lepas ni tak tahu bila pula dapat jejakkan kaki ke sana semula.
Terima kasih para pensyarah atas segala bimbingan & tunjuk ajar. Terima kasih juga kawan - kawan atas segala sokongan & nasihat. Korang sentiasa disisi saat fariz jatuh. Korang bangkitkan semula semangat fariz saat tu. Terima kasih.
Episod baru kini bermula. Perjalanan langkah seorang pelajar lepasan diploma. Mengorak langkah mencorak kehidupan.
Tuesday, April 24, 2012
Wednesday, April 18, 2012
#HisWords5
Semakin lama kita kenal seseorang, semakin banyak kita tahu buruk baik perangai dia. Biarlah kita sakit sekarang, sebab kita yakin Dia dah janjikan "setiap kesulitan ada kemudahan"(al-insyirah,94:5-6) dan "Allah memberikan kelapangan setelah kesempitan" (at-talaq,65:7). Dua kali Allah ulang perkara ni dalam surah al-insyirah & sekali dalam surah at-talaq.. that's why, kita tak perlu gelisah setiap kali ditimpa musibah.. Dia saja nak uji setinggi mana tahap kebergantungan kita pada-Nya.. jika kita tak sabar, amat rugilah.. sebab kita dah termasuk dalam perangkap syaitan.. nauzubillah.. kawan-kawan, jom perbaikan diri dan berusaha jadi lebih baik.. lets going a step ahead.. ^_^
Sunday, April 1, 2012
Monday, March 26, 2012
#ctrl+C&ctrl+P
Jangan mendahului-Nya dengan menetapkan seseorang itu adalah jodohmu. Sebelum ijab kabul, dia BUKAN siapa-siapa bagimu dan BELUM HALAL untukmu. Selagi kalian tidak diikat oleh IKATAN YANG HALAL, selama itu jangan bazirkan perasaanmu. Dan JANGAN MELAMPAUI BATAS yang telah Allah tetapkan.
*peringatan utk fariz & hati-hati yang suci dan mudah menerima kebaikan..^^,
*peringatan utk fariz & hati-hati yang suci dan mudah menerima kebaikan..^^,
Monday, March 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

