Wednesday, December 26, 2012

Perjalanan 1 - Tadika Delima, MPMK

Assalamualaikum

25 Julai 1991

Lahir ke alam dunia. Mak cerita fariz lahir kat kampung sebab mak serik nak beranak kat hospital. dalam 4 orang adik beradik, fariz sorang je lahir kat kampung. (special sikit..haha)

1997 

Fariz masuk sekolah tadika kat Tadika Delima Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK), Johor Bahru, Johor. Fariz special sikit, abah hantar sekolah tadika kat maktab perguruan, jauh lak tu dari rumah. Suka time tadika, asyik main je hari-hari.

Yang fariz ingat, fariz antara budak paling awal sampai sekolah. Sampai tadika je terus selongkar bahagian mainan, benda first fariz cari piano yang kena tiup if nak kuar bunyi, if tak tiup, tak kuar bunyi even kita dah tekan key-key kat piano tu. Fariz tak tahu la ape nama instrument 2, tapi sekarang nie dah tak jumpa dah mainan macam tu.

Kat tadika kite orang duduk ikut kumpulan buah-buahan, ada 5 kumpulan buah tak silap sebab tiap-tiap hari kumpulan buah-buahan ni akan bergilir-gilir main taman pasir kat luar kelas. 

Waktu paling best sekali adalah sesi makan..haha. Sedia maklum la, fariz nie kuat makan. Kat tadika dulu makanan sedap-sedap cikgu sediakan. Tapi menu yang paling fariz ingat sampai sekarang adalah nasi lemak cikgu. Tu la menu paling sedap kat tadika dulu. Lepas habis tadika je, fariz tak jumpa dah nasi lemak sesedap nasi lemak cikgu tu. 

Akhir tahun sebelum habis tadika, kite orang ada majlis konvokesyen. Konvo kat dewan besar maktab pula tu. Cikgu suruh berlakon, fariz kena jadi dayang raja masa tu. Then ada sesi nyanyian ramai-ramai. Time tadika fariz tak belajar pun, banyak main aje. At the end, sampai dah habis tadika fariz still tak pandai membaca & mengira. Time tu boleh dikategorikan sebagai budak bodoh la. 

hasil carian di google images- MPMK dah tukar jadi sekolah premier

 Tu jela moment yang fariz ingat-ingat lupa time sekolah tadika dulu. Kite orang batch last yang  tadika kat situ. Tahun berikutnye dah tak ade tadika, sebab dengar cerita bangunan maktab tu nak dirobohkan. Tapi tak tahu la betul ke tidak. Time tu budak-budak lagi kan, tak amek tahu hal-hal semua tu. Yang fariz tahu cuma enjoy life as kanak-kanak. Cuti sem nanti dah plan nak pinjam kereta mak nak menjejak semula tapak tadika ni. Hopefully terlaksana..to be continue..


Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum

klik gambar doa untuk tumbesaran



Wednesday, October 31, 2012

Infosys Campus Connect 1


6 buku kena khatamkan dalam sebulan

Beberapa hari selepas tamat peperiksaan akhir sesi Disember 2011, Fariz bersama 9 orang wakil daripada PSMZA bertolak ke Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan.

Pertama kali pergi Kelantan even dah 3 tahun menetap kat Terengganu tu. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Sempat juga terlelap sebelum sampai ke destinasi. 

Sampai je destinasi, check-in bilik. Kamsis PKB memang terbaik. Fariz bagi 4 bintang untuk fasiliti yang disediakan. Bilik besar, tandas taraf hotel, sumber air minum pun terbaik. Hopefully PSMZA pun akan transform macam PKB. 

Sesi malam pula kita orang ada taklimat kursus. First briefing, moderator cakap kita orang datang sini bukan sebagai peserta kursus but as INFOSYS EMPLOYEE..diulang yer..INFOSYS EMPLOYEE..so, maksudnya apa tu?? thats means, abis je exam poli, kita orang terus dapat job..keh3. Tapi untuk tempoh sebulan je la. Tak boleh nak berangan lebh-lebih..haha. 

Malam tu juga management tetapkan workspace kita orang. Tak boleh pilih suka-suka hati yer. Tu polisi syarikat. As a good employees, kita orang ikut je la polisi tu..huhu. Dah habis taklimat semua, balik la kita orang ke bilik masing.

sadly, fariz dapat second row from the back

 So, bermula 8 Mei 2012 bermula la life fariz as INFOSYS employee. Kat sini kita orang kena study subjek-subjek programming. Buku-buku kat atas tu la kita orang kena khatamkan dalam sebulan.


Tuesday, October 9, 2012

Terima Kasih



Alhamdulillah..

Selesai sudah pengajian Diploma in Programming setelah berjuang 3 tahun bersama kawan - kawan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Banyak kenangan suka duka selama bergelar pelajar diploma.

Belajar mengenali ragam manusia yang pelbagai. Belajar mengenali budaya masyarakat pantai timur. Belajar menjadi diri sendiri. Lepas ni tak tahu bila pula dapat jejakkan kaki ke sana semula.

Terima kasih para pensyarah atas segala bimbingan & tunjuk ajar. Terima kasih juga kawan - kawan atas segala sokongan & nasihat. Korang sentiasa disisi saat fariz jatuh. Korang bangkitkan semula semangat fariz saat tu. Terima kasih.

Episod baru kini bermula. Perjalanan langkah seorang pelajar lepasan diploma. Mengorak langkah mencorak  kehidupan.


Wednesday, April 18, 2012

#HisWords5

Semakin lama kita kenal seseorang, semakin banyak kita tahu buruk baik perangai dia. Biarlah kita sakit sekarang, sebab kita yakin Dia dah janjikan "setiap kesulitan ada kemudahan"(al-insyirah,94:5-6) dan "Allah memberikan kelapangan setelah kesempitan" (at-talaq,65:7). Dua kali Allah ulang perkara ni dalam surah al-insyirah & sekali dalam surah at-talaq.. that's why, kita tak perlu gelisah setiap kali ditimpa musibah.. Dia saja nak uji setinggi mana tahap kebergantungan kita pada-Nya.. jika kita tak sabar, amat rugilah.. sebab kita dah termasuk dalam perangkap syaitan.. nauzubillah.. kawan-kawan, jom perbaikan diri dan berusaha jadi lebih baik.. lets going a step ahead.. ^_^