Wednesday, May 28, 2014

CGV2 Workshop - Multimedia Week

Assalamualaikum


Alhamdulillah..
semalam 27 Mei 2014 telah berlangsung bengkel animasi Basic Augmented Reality via D'Fusion di Bilik Mesyuarat Blok C, FSKTM, UPM. Terima kasih kepada semua peserta kerana sudi menyertai bengkel kami. Tahniah juga kepada ahli kumpulan AR kerana berjaya melaksanakan bengkel ini. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan. 

Bertemu lagi di bengkel seterusnya pada 30 Mei nanti. Dua bengkel animasi 3D akan berlangsung secara serentak di Makmal Multimedia 1 & Makmal Multimedia 2. Jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk menyerlahkan bakat anda. Jumpa nanti. ^_^


Thursday, May 15, 2014

#MultimediaPro

Assalamualaikum

In the making of "Mikhail"

#Lukis-Lukis1

Assalamualaikum

"Hai, saya amad. Selamat berkenalan. ^_^"

Dalam lab multimedia tadi, fariz tengok Ani belajar buat bone. Malam nie fariz nak cuba buat juga. Banyak kerja dah beratur sebenarnya. Tapi nak buang masa dulu, boleh? hee.. Jangan marah geng. Nanti aku sambung buat kerja yer. ^_^

"Yeayyy..sekarang amad dah ad bones. Amad dah boleh gerak-gerakkan anggota badan Amad."

Wednesday, May 14, 2014

#BebelanAku2

Assalamualaikum

Keluarga aku dah bertambah seorang lagi ahli.. ^_^

Mood ein kahwin tak abis lagi. Even dah sebulan majlis kahwin tu berlalu. Aku suka tengok gambar-gambar masa majlis kahwin ein. Belum jemu lagi tengok gambar tu semua. Aku suka tengok wajah gembira semua orang. 

Sebenarnya, agak lama juga aku tak terlibat dengan persediaan majlis kenduri kahwin. Last kenduri kahwin yang betul-betul aku join pun masa kenduri Kak Norin dulu kot. Masa tu aku sekolah rendah lagi rasanya. Dah lebih 10 tahun dulu. Sekarang pun anak dia dah nak masuk sekolah menengah. Mungkin sebab tu kot aku terlebih excited untuk majlis kahwin ein ni. 

Anyway, ein dah selamat jadi suami orang. Moga ikatan pernikahan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat mereka. Doakan kebahagiaan abang & kakak ipar aku ye. Thanks. ^_^

Tuesday, May 13, 2014

#Alkisah1

Assalamualaikum


Mak, ein, aku terlibat dengan kes macam kat atas nie

Monday, May 12, 2014

#BebelanAku1

aku tak tahu apa kaitan gambar pooh kat atas dengan entry aku kali ni

12 May 2014 - Hari ni dah masuk minggu ke-12 semester ke-4. Rasa macam baru je aku daftar masuk UPM ni. Kejap sangat masa berlalu. Dah nak 2 tahun rupanya aku bergelar pelajar ijazah. Ada baki 2 tahun lagi untuk aku tempuh demi menggenggam segulung ijazah (perhhh..ayat nak cliche kan? hahaha..)