Saturday, November 22, 2014

#Houdini Workshop

Assalamualaikum


modelling bekas lilin/pasu kecil

Arinie aku join bengkel 3D modelling using Houdini di fakulti. Seronok belajar benda baru. Belajar dan terus belajar. Jangan putus asa. Tetap gagah. Amin



Saturday, November 1, 2014

#KinaConvo

 Assalamualaikum

Al-kisah persahabatan aku dengan Kina bermula di SMK Permas Jaya. Aku dengan Kina sekelas sejak Form1 hingga Form5. Form1 hingga Form3 di SMK Permas Jaya. Then Form4 & Form5 di SMKA Johor Bahru. 

Lepas habis Form5, Kina berjaya masuk matrikulasi. Lepas tu dia sambung degree kat UPM. Aku lak dengan result SPM yang tak seberapa, sambung belajar diploma kat politeknik. Terputus la hubungan secara langsung selama tiga tahun. Iye la, aku dok Terengganu tiga tahun. Kina lak dok Selangor lepas abis matrik. Kita orang hanya contact each other melalui fb, call & mesej. Time tu tak pakai smartphone lagi. Whatsapp pun tak ada.

Nak dijadikan cerita, jodoh persahabatan kita orang panjang. Abis belajar diploma, aku dapat offer sambung degree kat UPM. Kina lak dah nak masuk tahun 3 masa tu (kira aku jadi junior Kina la). Pastue blok kolej kita orang pula sebelah-sebelah (memang dekat sangat kalau nak pergi lepak bilik dia).  So, bersambung la semula persahabatan yang terputus tu.


3 November 2014 nanti kau akan terima segulung Ijazah. Tahniah Kina. Aku happy untuk kau. Cita-cita kau nak berbakti pada anak bangsa. One & half (or two more) step to go. Aku doakan urusan kau dipermudahkan. Aku nampak tekad dan keazaman kau. Semoga tercapai cita-cita kau wahai sahabat. Kau sahabat terbaik yang aku pernah ada. Aku sayang kau. Cepat-cepat kahwin, nanti aku boleh dapat nak buah..hehe..

HAPPY CONVOCATION DAY KINA!!!

peace

Friday, July 25, 2014

#SupportGaza

My name is  Farizatul Hamizah
I am Malaysian
and I do #SupportGaza

Wednesday, May 28, 2014

CGV2 Workshop - Multimedia Week

Assalamualaikum


Alhamdulillah..
semalam 27 Mei 2014 telah berlangsung bengkel animasi Basic Augmented Reality via D'Fusion di Bilik Mesyuarat Blok C, FSKTM, UPM. Terima kasih kepada semua peserta kerana sudi menyertai bengkel kami. Tahniah juga kepada ahli kumpulan AR kerana berjaya melaksanakan bengkel ini. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan. 

Bertemu lagi di bengkel seterusnya pada 30 Mei nanti. Dua bengkel animasi 3D akan berlangsung secara serentak di Makmal Multimedia 1 & Makmal Multimedia 2. Jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk menyerlahkan bakat anda. Jumpa nanti. ^_^


Thursday, May 15, 2014

#MultimediaPro

Assalamualaikum

In the making of "Mikhail"

#Lukis-Lukis1

Assalamualaikum

"Hai, saya amad. Selamat berkenalan. ^_^"

Dalam lab multimedia tadi, fariz tengok Ani belajar buat bone. Malam nie fariz nak cuba buat juga. Banyak kerja dah beratur sebenarnya. Tapi nak buang masa dulu, boleh? hee.. Jangan marah geng. Nanti aku sambung buat kerja yer. ^_^

"Yeayyy..sekarang amad dah ad bones. Amad dah boleh gerak-gerakkan anggota badan Amad."