Thursday, January 22, 2015

Puding Roti

Assalamualaikum

Sempena cuti semester kali ni, aku nak cabar diri untuk masak resepi yang tak pernah aku buat. Resepi pertama yang aku cuba adalah puding roti. Aku pinjam resepi yang trymasak share kat youtube. Sempat aku download video masakan after habis final exam hari tu (huhu). Banyak lagi resepi yang aku berjaya download guna uspot kolej. Agak laju jugak la..maybe sebab ramai student dah balik kampung. Tapi entry kali ni aku nak kongsi resepi puding roti. 


Bahan2

10 keping roti
3 cawan susu 
4 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
Margerin

Kuah kastard

2 cawan susu
1 @ 1/2 kotak kismis atau kurma
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung kastard


Cara2

1. Sapukan margerin keliling permukaan loyang atau bekas puding. Potong atau carik2 roti ikut kreativiti kemudian susun roti dan kismis atau kurma berlapis-lapis (macam buat kuih lapis).
2. Ambil mangkuk kosong, tuangkan susu (aku guna susu dutch lady low fat), gula, esen vanila dan telur. Pukul adunan sampai gula larut. 
3. Tuangkan adunan yang dah sebati ke dalam loyang roti yang dah kita sediakan tadi.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 200˚C, 20-30 minit.


Kuah kastard

1. Gaul sebati susu, gula, esen vanila, tepung kastard hingga sebati.
2. Kemudian panaskan atas api sederhana hingga kuah jadi pekat sikit.

Puding Roti hangus..huuu

Dah siap. Cubaan kali pertama ni agak hangus part atas dia. Bawah tak hangus. Aku guna api oven atas bawah. So, pasnie bila part atas dah tukar color jadi perang2, boleh la matikan api atas. If korang nak lagi jelas, cuba search trymasak kat youtube. Boleh rujuk video tu. Sayang korang yang sudi baca entry ni. 
Selamat mencuba.. ^_^



No comments: