Monday, May 25, 2009

GOLONGAN YANG DIDOA OLEH PARA MALAIKAT


Assalamualaikum w.b.t
Allhamdulillah entry kali nie izah nak kongsi sedikit hadis-hadis berkaitan golongan yang didoa oleh para malaikat..Selamat membaca..^_^

1. Golongan yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, Ya Allah ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci".
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. Hadis ini disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Sahih At Targhib waTarhib)

2. Golongan yang sedang duduk menunggu waktu solat

Rasulullah SAW bersabda, " Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan bersuci , kecuali para malaikat akan mendoakannya " Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia".
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Sahih Muslim)

3. Golongan yang berada di saf hadapan di dalam solat berjemaah

Rasulullah SAW bersabda," Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"
(Imam Abu Daud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azi r.a. hadis ini disahihkan oleh Syeikh al Albani dalm Sahih Sunan Sbi Daud)

4. Golongan yang menyambung saf pada solat jemaah

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf."
(Para Imam iaitu Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. hadis ini disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wa Tarhib)

5. Para malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

Rasulullah SAW bersabda,"Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'amin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu".
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hrurairah r.a. Sahih Bukhari)

6. Golongan yang duduk di tempat solatnya setelah selesai menunaikan solat

Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudu'nya, (para malaikat) berkata, "Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia"
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad, Syeikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7. Golongan yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah

Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, "Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?", mereka menjawab, "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat."
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Al Musnad, hadis ini disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir)

Friday, May 22, 2009

RABI'ATUL ADAWIYAH


Assalamualaikum w.b.t.
Entry kali nie miza nk kongsi kisah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujah. Kepada sahabat yang belum pernah mendengar kisah ini, hayatilah dan kepada sahabat yang telah sedia maklum tentang kisah ini, sama-samalah kita mencari ibrah daripada kisah ini.Ikuti antara kisah-kisah teladan tentang beliau.

Kisah 1

Suatu malam yang sunyi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi (bekas) untuk kegunaan berwudu', itupun telah buruk. Lantas pencuri itu tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur pencuri, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut . Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'atul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri masuk rumahnya namun lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabi'atul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumahmu ini." kata pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." jawab pencuri itu.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudu' menggunakan kendi itu. Selepas itu, solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." balas Rabi'atul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'atul Adawiyah, lantas pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudu' menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu, janganlah Engkau halang dia daripada memperoleh nikmat dan rahmat-Mu."



Kisah 2

Pada suatu hari , sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah diaugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita." ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah mahkota kenabian dan rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kapada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul malah semuanya dari golongan lelaki." jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agung diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" dengan tenang Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."


Kisah 3

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebab orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebagini rupa?"

"Kepalaku sakit." jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." jawapnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi, "Berapa usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab, "Sudah 30 tahun."

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" tanya beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini? tanya Rabi'atul Adawiyah.

"Tidak." jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah."jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai. Mengapa kamu beerbuat hina seperti itu? ssambung Rabiatul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu dengan perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.











Wednesday, April 22, 2009

MENJADI TETAMU ALLAH

bismillah

Alhamdulillah setelah berbulan2 menanti, akhirnya abah dan mak akan berangkat ke tanah suci Makkah untuk melaksanakan ibadah umrah. Segala kelengkapan untuk ke sana sudah disiapkan. Insya-Allah pada pukul 12.3o malam ni, abah dan mak akan berangkat ke ibu negara. Mengikut perancangan awal, abah dan mak akan singgah di rumah pak cik sebelum menaiki pesawat di KLIA pada pukul 3 ptg esok. Hope para visitor turut mendoakan keselamatan abah dan mak saya sepanjang perjalanan mereka menjadi tetamu Allah.

Sepanjang 2 minggu nie saya dan adik akan tinggal di rumah atuk saudara. Maybe sepanjang tempoh tu tiada post terbaru dari saya. Doakan segala urusan dipermudah oleh Allah s.w.t. Saya juga mendoakan yang terbaik untuk sahabat semua.

Tadi baru check senarai layak i/v maktab, maybe bukan rezeki saya untuk jadi pendidik pada masa ni. Saya berpegang pada kata2 Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(QS 2:216)

Bukanlah maksud saya kerjaya sebagai pendidik itu sesuatu yang buruk mungkin dlm perjalanan menjadi pendidik itu ada sesuatu perkara yang tidak mampu saya hadapi, sesuai dengan firman ini, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dangan kesanggupannya,"(QS 2:286)

Setakat ini sahaja post untuk kali ini, semoga Allah permudahkan segala urusan harian kita.

Sunday, April 19, 2009

Oleh : Azizah binti Jabar

Pada 28-29 mac 2009 yang lalu buat kali kedua Perkim Ampang, Selangor yang diterajui oleh brother Lim Jooi Soon dan dibantu 2 orang pembantu, bro.Azmil Abrar dan bro.Yusry telah berjaya menganjurkan ‘Induktif Dakwah Training’ fasa 3. Jika fasa 1 dan fasa 2 dibuka banyak sesi dalam setahun tetapi fasa 3 hanya sekali setahun. Dan buat julung kalinya IDT 3 ini diadakan di Melaka. Disebabkan antara aktiviti utama program ini ialah melawat gereja dan kuil jadi bilangan peserta terpaksa diminimumkan supaya tidak menganggu rumah ibadat mereka. Peserta kali ini seramai 8 orang (3 lelaki dan 5 wanita). Peserta-peserta terdiri daripada pelajar ipt dan pekerja, iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Darul Quran Kuala Kubu Bharu, seorang dari UPSI Tg.Malim, seorang dari Uitm Shah Alam dan seorang lagi wanita merupakan seorang guru sekolah. Malah rombongan kami turut ditemani oleh pegawai Perkim Melaka, Puan Rokiah.


Antara rumah ibadat yang dilawati ialah Gereja St.Peter (Katholik), Gereja City Community (Protestan) dan Kuil Buddha Kuan Yin (yang tertua di Malaysia). Pada hari pertama peserta dibawa melawat Gereja St.Peter (Katholik) dan disambut dengan penuh ramah mesra oleh Paderi gereja tersebut. Kami diberi penerangan mengenai setiap inci gereja tersebut yang dipenuhi pelbagai jenis patung-patung dan arca yang membawa simbolik dan sejarah tersendiri. Pertama kali menjejak kaki ke gereja bermacam perasaan yang sukar ditafsir bukan takut atau gementar kerana bagi penulis tiada apa yang perlu ditakutkan seperti omongan masyarakat melayu iaitu tengok salib pun boleh gugur aqidah, tetapi penulis berasa inilah masanya penulis menyaksikan sendiri rumah ibadat mereka dan menilai semula melalui cerita yang penulis dapati dan dengar dari penceramah seperti bro.Amin Yaakob dan bro.Lim sendiri. Sebenar melalui lawatan sebegini akan membuatkan kita bertambah yakin dengan islam malah bagai ada dorongan untuk memberitahu mereka bahawa agama islam adalah agama yang sepatutnya mereka anuti. Apa yang sungguh dikesalkan ialah cerita mengenai ‘holy water’ yang pernah disebarkan menerusi internet dan cerita-cerita di kalangan masyakat melayu iaitu air suci kristian tersebut boleh memurtadkan seseorang malah lidah kelu untuk bersyahadah. Sungguh tidak logik cerita tersebut kerana jika benar, sebaiknya paderi kristian memasukkan air tersebut ke dalam tangki air besar yang ada di setiap kawasan perumahan atau di loji air supaya semua rumah akan disalurkan air yang bercampur ’holy water’ dan ‘confirm’ mereka akan masak dan minum air tersebut lalu mudah bagi mereka menyebarkan dakyah. Namun sebenarnya cerita ini adalah fitnah masyarakat melayu sendiri kepada kaum kristian, sedangkan mereka sendiri tidak minum air tersebut. Nak tahu apa itu air ‘holy water’? hanyalah air biasa bercampur sedikit titisan minyak zaitun yang diletakkan ke dalam sebuah bekas di pintu masuk gereja, bertujuan sebagai syarat penyucian mereka masuk ke dalam gereja iaitu dengan cara mencelup jari sedikit ke dalam air dan metitipkan ke tiga tempat dahi dan kedua bahu. Itu sahaja yang mereka lakukan dengan ‘holy water’.



















Inilah dua bekas air yang dipanggil ‘holy water’



Pada hari kedua, kami melawat Gereja City Community (Protestan) yang terletak di sebelah hotel penginapan kami (Hotel Straits Meridian). Kami difahamkan gereja kristian protestan sangat sukar untuk menerima kedatangan pelawat berbanding gereja katholik, nasib kami baik kali ini kerana buat pertama kalinya pelawat yang diterima adalah kami. Dari jauh lagi kelihatan ada sekumpulan orang menunggu kedatangan kami dan kami telah disambut dengan ramah oleh paderi dan pembantunya. Melawat gereja yang kali ini membuat penulis tertanya sendiri ‘dimanakah patung-patung seperti gereja semalam?’ kerana tiada satu patung pun yang kelihatan. Sebelum menyertai acara ritual mereka yang sering diadakan setiap hari ahad di dewan khas, kami diperkenalkan dengan paderi dan beliau memberi sedikit penerangan mengenai gereja tersebut. Beberapa minit selepas itu kami dipersilakan untuk ke dewan khas dimana kelihatan pentas dan sebuah band yang bersiap-sedia mengadakan persembahan. Setiap kerusi mula dipenuhi orang dan kami di beri laluan untuk duduk di kerusi bersama mereka. Pada permulaan majlis tersebut, paderi memberi sedikit kata-kata pembukaan dengan memuji Tuhan Jesus mereka. Tidak ketinggalan paderi tersebut mengumumkan kehadiran kami kepada hadirin serta memberi penghormatan kepada kami. Selepas itu beberapa orang pemuda pemudi naik ke pentas mengetuai nyanyian lagu. Lagu-lagu ketuhanan yang mereka nyanyikan dalam bentuk bahasa inggeris dan bahasa melayu. Mereka kelihatan penuh khusyuk dalam menghayati bait-bait lagu yang ditujukan kepada Tuhan Jesus. Kasihan, andai khusyuk ini tepat pada sembahan bukankah tinggi nilai ketaqwaan, penulis sekadar monolog sendirian. Malah terdapat seorang sahabat menitiskan airmatanya semasa berada dalam majlis tersebut. Bukan kerana syahdu menghayati bait-bait lagu ritual mereka tetapi merasakan diri sangat bersalah kerana tidak mendakwahi mereka.





Penulis melihat dua situasi yang berbeza antara umat islam dan kaum kristian, sebenar isu rumah ibadat dan masjid ini sudah lama, tetapi hari tersebut penulis sendiri merasai perbezaan tersebut. Mengapa masjid tidak dibenarkan dimasuki orang bukan islam dengan alasan mereka tidak suci? Padahal firman Allah : (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Taubah 9: 28) merupakan larangan kepada non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci sahaja. Malahan ada riwayat yang Rasululllah shalallahu alayhi wasalam membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima kedatangan Orang Kristian dari Najran untuk dalam masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah shalallahu alayhi wasalam bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).” Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yang Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.1




Padahal mereka hanya mahu melihat bagaimana umat islam mengadakan aktiviti ritual dalam masjid namun dihalangan oleh segelintir orang masjid. Bayangkan jika sebenar ‘non-muslim’ tersebut akan mendapat hidayah melalui lawatannya ke masjid tetapi dihalang oleh kita. Malah ada yang menunjukkan adab yang kurang wajar.





Sekali lagi penulis membuat pembandingan yang ada di antara masjid dan gereja yang dilawati, jangan salah sangka bukan sengaja mencari keburukan dan kelemahan tetapi supaya kita sama fikirkan adakah kita sebenar sudah berakhlak seperti islam yang sebenar dan mengikuti sunnah nabi yang dicintai umat. Semasa melawat gereja City Community (Protestan) ini, paderi memberitahu kami di gereja tersebut disediakan ruang dan bilik khas untuk kanak-kanak supaya mereka dapat belajar dan bermain sesama mereka sementara ibu bapa mereka ‘beribadat’. Pembantu khas juga dilantik menjaga kanak-kanak tersebut. Pemandangan berbeza pula penulis melihat di masjid terkenal yang terletak berhampiran tempat penginapan kami dan juga gereja tersebut iaitu papan tanda yang melarang kanak-kanak bawah umur 4 tahun dibawa ke dalam masjid. Penulis akui bahawa alasannya adalah untuk tidak menganggu jemaah bersolat, namun adakah peraturan sebegini pernah diajarkan oleh nabi shalallahu alayhi wasalam? Dalam hadis Nabi shalallahu alayhi wasalam, baginda bersabda: “Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku mensegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya” (Riwayat al-Bukhari). Rasulullah amat perihatin dengan jemaah malah memahami tanggjungjawab setiap umatnya, jika baginda merasakan kanak-kanak tidak perlu dibawa ke masjid sudah tentu terdapat dalil atau hadith yang menyebut. 2





Destinasi terakhir kami lawati ialah kuil Buddha tertua di Malaysia. Lawati kami ke kuil ini sekadar lawatan biasa kerana kuil ini sememang dibuka untuk pelancong. Kami melihat begitu banyak patung-patung Buddha dan terdapat beberapa orang sami Buddha yang tinggal di dalam kuil tersebut. Penulis sempat mengambil buku-buku berkaitan agama Buddha yang disediakan di atas sebuah rak untuk diberi secara percuma. Penulis difahamkan agama budhha tidak seperti agama kristian di mana paderi atau penganut mereka terbuka untuk berdialog mengenai agama mereka, namun penganut Buddha lebih bersikap mengelakkan diri dari bercakap dengan mendalam mengenai agama mereka kerana mereka sendiri tidak benar-benar mengetahui asal-usul agama mereka. Wallahu Taala bisawab.






Sekian, serba sedikit pengembaraan mengenali dan mendekati variasi agama dan kepercayaan umat manusia. Alhamdulillah syukurlillah atas kesempatan dalam kesempitan yang ada. Moga dengan sedikit perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca, cukup walau sekelumit cuma.

Wallahu’alam bisawab~


Rujukan tambahan:
1http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/orang-kafir-masuk-masjid-2/
2 http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=11


Fariza:Post dr blog Ukhti Izzah http://khazanah-kerahsiaan.blogspot.com

Friday, April 10, 2009

Tahniah!

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat berjuang kpd rakan2 yg akan menjalani dan menghadiri sesi temu duga dan educamp UTP..hope korang dh preparebetul2 n wat sehabis baek tok interview 2..

Tuesday, April 7, 2009

Muwasafat Tarbiyah




10 muwasafat tarbiyyah

1.Akidah yang bersih

2.Ibadah yang sahih

3.Akhlak yang baik

4.Mampu bekerja

5.Luas pengetahuan

6.Tubuh yang sihat

7.Berjihad melawan hawa nafsu

8.Teratur Kehidupannya

9.Menjaga masanya

10.Bermanfaat kepada orang lain