Monday, December 22, 2014

New Quote For Me

Assalamualaikum  (^_^)

"Ami aq baru perasan ko ni tinggi, muka kecik. Kalau selfie muka je mesti org xtau kau berisi :P"

Adoiii la kakak, pagi-pagi kau dah buat lawak yer. Apa pun kau dah ceriakan pagi aku. Aku berisi tapi kau tetap sayang aku kan? hahaha. 

adakah kau merujuk kepada gambar ini wahai kakakku? huhu


Saturday, December 6, 2014

#IntroNuke

Assalamualaikum


compositing image using Nuke

Monday, December 1, 2014

#TetapTabahAdik

Assalamualaikum


Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya
Semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya, 
semakin kuat ujian buatnya.
Sakit tu penghapus dosa dik.
Jangan mengalah.
Tetap tabah.




Saturday, November 22, 2014

#Houdini Workshop

Assalamualaikum


modelling bekas lilin/pasu kecil

Arinie aku join bengkel 3D modelling using Houdini di fakulti. Seronok belajar benda baru. Belajar dan terus belajar. Jangan putus asa. Tetap gagah. Amin



Saturday, November 1, 2014

#KinaConvo

 Assalamualaikum

Al-kisah persahabatan aku dengan Kina bermula di SMK Permas Jaya. Aku dengan Kina sekelas sejak Form1 hingga Form5. Form1 hingga Form3 di SMK Permas Jaya. Then Form4 & Form5 di SMKA Johor Bahru. 

Lepas habis Form5, Kina berjaya masuk matrikulasi. Lepas tu dia sambung degree kat UPM. Aku lak dengan result SPM yang tak seberapa, sambung belajar diploma kat politeknik. Terputus la hubungan secara langsung selama tiga tahun. Iye la, aku dok Terengganu tiga tahun. Kina lak dok Selangor lepas abis matrik. Kita orang hanya contact each other melalui fb, call & mesej. Time tu tak pakai smartphone lagi. Whatsapp pun tak ada.

Nak dijadikan cerita, jodoh persahabatan kita orang panjang. Abis belajar diploma, aku dapat offer sambung degree kat UPM. Kina lak dah nak masuk tahun 3 masa tu (kira aku jadi junior Kina la). Pastue blok kolej kita orang pula sebelah-sebelah (memang dekat sangat kalau nak pergi lepak bilik dia).  So, bersambung la semula persahabatan yang terputus tu.


3 November 2014 nanti kau akan terima segulung Ijazah. Tahniah Kina. Aku happy untuk kau. Cita-cita kau nak berbakti pada anak bangsa. One & half (or two more) step to go. Aku doakan urusan kau dipermudahkan. Aku nampak tekad dan keazaman kau. Semoga tercapai cita-cita kau wahai sahabat. Kau sahabat terbaik yang aku pernah ada. Aku sayang kau. Cepat-cepat kahwin, nanti aku boleh dapat nak buah..hehe..

HAPPY CONVOCATION DAY KINA!!!

peace

Friday, July 25, 2014

#SupportGaza

My name is  Farizatul Hamizah
I am Malaysian
and I do #SupportGaza

Wednesday, May 28, 2014

CGV2 Workshop - Multimedia Week

Assalamualaikum


Alhamdulillah..
semalam 27 Mei 2014 telah berlangsung bengkel animasi Basic Augmented Reality via D'Fusion di Bilik Mesyuarat Blok C, FSKTM, UPM. Terima kasih kepada semua peserta kerana sudi menyertai bengkel kami. Tahniah juga kepada ahli kumpulan AR kerana berjaya melaksanakan bengkel ini. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan. 

Bertemu lagi di bengkel seterusnya pada 30 Mei nanti. Dua bengkel animasi 3D akan berlangsung secara serentak di Makmal Multimedia 1 & Makmal Multimedia 2. Jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk menyerlahkan bakat anda. Jumpa nanti. ^_^


Thursday, May 15, 2014

#MultimediaPro

Assalamualaikum

In the making of "Mikhail"

#Lukis-Lukis1

Assalamualaikum

"Hai, saya amad. Selamat berkenalan. ^_^"

Dalam lab multimedia tadi, fariz tengok Ani belajar buat bone. Malam nie fariz nak cuba buat juga. Banyak kerja dah beratur sebenarnya. Tapi nak buang masa dulu, boleh? hee.. Jangan marah geng. Nanti aku sambung buat kerja yer. ^_^

"Yeayyy..sekarang amad dah ad bones. Amad dah boleh gerak-gerakkan anggota badan Amad."

Wednesday, May 14, 2014

#BebelanAku2

Assalamualaikum

Keluarga aku dah bertambah seorang lagi ahli.. ^_^

Mood ein kahwin tak abis lagi. Even dah sebulan majlis kahwin tu berlalu. Aku suka tengok gambar-gambar masa majlis kahwin ein. Belum jemu lagi tengok gambar tu semua. Aku suka tengok wajah gembira semua orang. 

Sebenarnya, agak lama juga aku tak terlibat dengan persediaan majlis kenduri kahwin. Last kenduri kahwin yang betul-betul aku join pun masa kenduri Kak Norin dulu kot. Masa tu aku sekolah rendah lagi rasanya. Dah lebih 10 tahun dulu. Sekarang pun anak dia dah nak masuk sekolah menengah. Mungkin sebab tu kot aku terlebih excited untuk majlis kahwin ein ni. 

Anyway, ein dah selamat jadi suami orang. Moga ikatan pernikahan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat mereka. Doakan kebahagiaan abang & kakak ipar aku ye. Thanks. ^_^

Tuesday, May 13, 2014

#Alkisah1

Assalamualaikum


Mak, ein, aku terlibat dengan kes macam kat atas nie

Monday, May 12, 2014

#BebelanAku1

aku tak tahu apa kaitan gambar pooh kat atas dengan entry aku kali ni

12 May 2014 - Hari ni dah masuk minggu ke-12 semester ke-4. Rasa macam baru je aku daftar masuk UPM ni. Kejap sangat masa berlalu. Dah nak 2 tahun rupanya aku bergelar pelajar ijazah. Ada baki 2 tahun lagi untuk aku tempuh demi menggenggam segulung ijazah (perhhh..ayat nak cliche kan? hahaha..) 

Sunday, May 11, 2014

Abah vs Ein

Assalamualaikum

Masa belek-belek gambar kahwin ein, teringat pula kat gambar kahwin abah & mak. Terus aku keluarkan album lama, then snap balik picture kahwin abah & mak. Abah siap tanya, "Nak buat apa snap gambar kahwin abah tu ?" . Aku hanya mampu tersenyum cute (haha..buat senyum manis kat abah sendiri takpe..dapat pahala lagi..^_^). Then aku terus transfer ke lappy tersayang. Adibah hanya jadi pemerhati setia disisi kakaknya yang comel ini (ayat bajet tak boleh blah). Aku open software Photoscape (aku reti guna tools nie je pun..nama je budak Sains Komputer, tapi tak reti guna Photoshop..adehhh..sadis betul).  Banyak action yang sama (sebab rukun nikah pun tak pernah berubah kn). Aku pun mula la compare gambar kahwin ein dengan abah. So, ini lah hasilnya (aku cuma gabung2kan gambar je pun).


Ada lagi gambar yang aku dah comparekan tapi cukup la gmbar ni je aku upload kat sini. Abang aku yang nak nikah tapi aku yang terlebih excited. Bulan abang aku nak nikah aritue, tiap-tiap minggu aku balik JB. Syok gila. So, tak ada la istilah "homesick" dalam kamus hidup aku dalam tempoh sebulan tu. Tapi bila dah tak dapat balik ni, rasa bosan pula dok kat kolej time weekend. Takpe, tinggal sebulan lebih je lagi untuk tamatkan semester 4 ni. Nanti cuti dua bulan lebih, dapatlah dok umah puas-puas (sambil-sambil menggemukkan lagi diri ini..adehhh). Ok la. That's all for tonight. Aku malas nak post status kat fb. Kat blog ni lagi private, sebab tak banyak pun orang singgah blog aku ni. Traffic pun kureng. Aku pun tak rajin post cerita kat sini. Hopefully, this year my blog will "bernyawa" kembali. Nite..^_^

Saturday, May 10, 2014

Barakallah Ein

Assalamualaikum


Be a good and responsible husband to kakak ipar aku. Aku nampak kau matang sikit la after nikah. Hope your bad attitude will fade away. Aku doakan kau bahagia dunia akhirat..insyaAllah. Even in reality aku tak pernah panggil kau abang but I do respect you as my big bro bcoz u're the only brother that I ever had. Love you bro. And once again, barakallah. Aku tak sabar tunggu anak buah dari kau. Hehe.